Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy XVI dedahkan trailer baru, akan lancar musim panas 2023!

Maira by Maira
June 3, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Game, Konsol, PS5, RPG
0 0
0
Final Fantasy XVI dedahkan trailer baru, akan lancar musim panas 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Final Fantasy XVI akhirnya memberikan preview terbaru menampilkan protagonis, Clive Rosfield dalam trailer terbaru mereka. Bukan setakat itu sahaja, Final Fantasy XVI juga bakal lancar pada musim panas tahun 2023 secara eksklusif di PS5. Tanpa membuang masa, mari kita lihat apa yang didedahkan dalam trailer baru ini!

Dalam trailer Final Fantasy 16 bertajuk “Dominance”, kita menyaksikan watak protagonis, Clive Rosfield yang menggunakan senjata untuk memberikan serangan unik kepada Eikon (summon). Terdapat beberapa Eikon yang telah diperkenalkan serta kita dapat lihat gambaran yang lebih jelas mengenai sistem pertempurannya.

Beberapa maklumat mengenai Dominant of Titan dan Dominant of Garuda juga telah didedahkan. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai kedua-dua Dominant ini:

Penasihat Ekonomi Tetap, Hugo Kupka telah menjadi terkenal secara tiba-tiba. Pernah menjadi askar kaki dalam Tentera Republikan, kebangkitannya sebagai Dominant of the Eikon Titan mendorongnya ke barisan hadapan politik Dhalmekian. Di sinilah dia menggunakan kedudukan barunya untuk menggunakan pengaruh ke atas kedua-dua tentera negara dan polisi mereka.

Setelah bangkit, Benedikta Harman—Dominant of the Eikon Garuda, Warden of the Wind—menukar kebolehan pedang dan tipu dayanya untuk menjadi perisik kepada elit Waloed. Dalam misi mencari Eikon of Fire, dia telah bertemu dengan Clive dan terpaksa menghadapi masa lampaunya.

Bukan setakat itu sahaja, direktor FF16 juga mengatakan bahawa game itu sudah boleh dimainkan daripada mula sehingga habis dan kini dalam fasa terakhir untuk menggilapkannya. Memang pasukan pembangun betul-betul bekerja keras untuk memberikan kita entri FF yang lancar serta kualiti yang hebat.

Apapun, game ini akan keluar pada pertengahan tahun depan di PS5 sahaja. Anda yang ingin bermain FF 16 nampaknya kena juga berebut konsol tersebut. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai FF 16 daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: PlayStation

Tags: Final Fantasy 16Final Fantasy XVIps5square enix
Previous Post

Gameplay Horizon Call of the Mountain didedahkan, update major Forbidden West turut tersedia

Next Post

Game kucing STRAY akan dilancarkan 19 Julai, percuma di PS Plus Extra/Deluxe

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game kucing STRAY akan dilancarkan 19 Julai, percuma di PS Plus Extra/Deluxe

Game kucing STRAY akan dilancarkan 19 Julai, percuma di PS Plus Extra/Deluxe

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd