Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih 30 penerbit dan studio besar akan sertai Summer Game Fest 2022, bermula 10 Jun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 1, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Lebih 30 penerbit dan studio besar akan sertai Summer Game Fest 2022, bermula 10 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Summer Game Fest bakal kembali pada tahun ini untuk menyatukan seluruh industri permainan video dan komuniti gamer dalam acara yang menampilkan kandungan digital, demo, pengumuman-pengumuman besar dan berita terkini untuk peminat di seluruh dunia. Sempena itu, Summer Game Fest 2022 mendedahkan bahawa lebih daripada 30 penerbit dan studio besar akan mengambil bahagian dalam pelbagai acara sepanjang bulan Jun, bagi berkongsi butiran lanjut tentang game akan datang masing-masing.

This year's #SummerGameFest will feature events, activities and updates for fans from more than 30 partners, with more to be announced.

It's going to be a great month for video game fans.

Get ready! pic.twitter.com/vLaRGnbtBK

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) May 31, 2022

Summer Game Fest 2022 akan dihadiri oleh rakan kongsi berikut:

  • 2K
  • Activision
  • Atlus
  • Bandai Namco
  • Bloober Team
  • Capcom
  • Coffee Stain
  • Deep Silver
  • Devolver Digital
  • Digital Extremes
  • DotEmu
  • Electronic Arts
  • Epic Games
  • Focus Entertainment
  • Frost Giant Studios
  • Humble Games
  • Level Infinite
  • Mediatonic
  • MiHoYo
  • Netflix
  • PlayStation
  • Raw Fury
  • Samsung Gaming Hub
  • Sega
  • Skybound Games
  • SQUARE ENIX
  • Steam
  • Studio MDHR
  • Tribeca Festival
  • Warner Bros. Games
  • Xbox
  • dan banyak lagi yang akan diumumkan dalam hari-hari akan datang.

Pelbagai acara berbeza berkaitan studio-studio besar di atas akan berlangsung sepanjang bulan Jun, jadi korang boleh menantikan pengumuman dan berita terkini tentang projek semasa mereka.

Geoff Keighley sekali lagi akan menjadi hos di dalam Summer Game Fest. Acara ini akan ditayangkan di seluruh dunia selama 2 jam secara langsung pada hari Khamis, 10 Jun pada 6 petang GMT. Selain itu, peminat juga boleh menonton siaran Summer Game Fest di pawagam IMAX buat pertama kalinya. Malangnya, tawaran ini hanya tersedia di A.S. dan Kanada.

“Ini adalah tahun ketiga untuk Summer Game Fest, dan saya teruja dapat menyatukan komuniti sekali lagi untuk meraikan semua yang kami gemari tentang game,”

kata Geoff Keighley, kurator dan hos, Summer Game Fest.

Who's ready for #SummerGameFest season?

Exciting week ahead for fans of games. Lots of news across the industry, and we'll share details on our plans too leading into the live show on Thursday, June 9! pic.twitter.com/KBug3qgKc1

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) May 31, 2022

Pasti ada banyak untuk dibincang kerana banyak nama-nama besar akan mengambil bahagian dalam acara digital itu. Semoga peminat dapat dengar berita yang mereka harapkan selama ini selepas sekian lama menunggu. Untuk tahu lebih lanjut, korang boleh layari laman web rasmi SGF.

Untuk segala liputan lama kami tentang Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Geoff KeighleyindustriSummer Game Fest 2022
Previous Post

Game Bloodline: The Last Royal Vampire berkolaborasi dengan Attack on Titan !

Next Post

Gameplay Sonic Frontiers didedahkan – Game open world pertama Sonic

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Gameplay Sonic Frontiers didedahkan – Game open world pertama Sonic

Gameplay Sonic Frontiers didedahkan - Game open world pertama Sonic

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd