Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aturkan pasukan & bina legenda sendiri dalam MtG Commander Legends: Battle for Baldur’s Gate

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2022
in Artikel, Berita, Kad Strategi
0 0
0
Aturkan pasukan & bina legenda sendiri dalam MtG Commander Legends: Battle for Baldur’s Gate
Share on FacebookShare on Twitter

Wizards of the Coast akan melancarkan Commander Legends: Battle for Baldur’s Gate, set terbaharu permainan trading card tertua dan terbaik dunia, Magic: The Gathering (MTG). Diunjurkan dari Commander Legends 2020, Battle for Baldur’s Gate meneroka format Limited dengan mengintegrasikan karakter-karakter ikonik dan mekanik daripada permainan role- playing terkemuka, Dungeons & Dragons (D&D). Set ini mengandungi 361 kad dan akan tersedia dalam edisi tabletop pada 10 Jun 2022.

Tersedia hanya di beberapa negara Asia Tenggara terpilih (Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina), para pemain boleh memiliki kotak dadu yang boleh diubah suai dengan setiap pembelian collector booster box. Kotak dadu ini dihasilkan bersempena pelancaran set, dan ianya sementara stok masih ada di stor-stor WPN yang terpilih dan dalam talian (Singapura).

Dengan set terbaru, pemain boleh meneroka Baldur’s Gate, metropolis paling berpengaruh dalam Forgotten Realms. Sebuah negara-kota yang makmur dengan perdagangan, Baldur’s Gate menjadi tumpuan pedagang yang ingin mencari kekayaan, pelarian yang terdesak dan karakter-karakter lain dari seluruh pelosok Faerûn yang mencari peluang di sebalik tembok negara-kota itu.

Menampilkan ikon-ikon D&D seperti Tasha the Witch, Elminster dan duo Minsc dan Boo yang digemari peminat, Battle for Baldur’s Gate membolehkan pemain untuk menyulamkan kisah mengenai kekuasaan dan helah ketika para pemain bertempur antara satu-sama lain dalam format multiplayer yang paling popular dalam Magic.

Edisi terbaru Commander Legends menawarkan lebih banyak kebebasan kepada pemain untuk membina karakter legenda mereka sendiri. Sebagai set yang direka khas untuk didrafkan, Battle for Baldur’s Gate tidak mengikuti peraturan Singleton dalam permainan Commander tradisional. Lebih daripada dua kad boleh dimasukkan ke dalam satu-satu deck.

Elemen roleplay yang diadaptasi daripada D&D juga boleh dilihat dalam Backgrounds, iaitu pesona baharu dalam set tersebut. Kad-kad Legendary Background mewakili pengembaraan yang membawa komander anda ke tempat mereka sekarang. Setiap kad memberikan bonus kepada komander. Kebiasaannya, bonus ini didapati dalam bentuk keupayaan komander atau meningkatkan kuasa dan/atau daya lasak mereka.

Berdasarkan pengalaman pemain veteran D&D, initiative adalah penting. Ia juga penting dalam set Battle for Baldur’s Gate. Initiative, iaitu satu keupayaan baharu yang diperkenalkan, membuka jalan kepada tiga bonus signifikan: Bonus pertama, mereka mampu meneroka Undercity (sebuah kad dungeon) setiap kali pemain mengambil initiative.

Kedua, pemain yang mempunyai initiative boleh meneroka kembali Undercity pada permulaan upkeep. Ketiga, beberapa kad dalam set akan bertambah baik jika pemain mempunyai initiative.

Tidak asing lagi dengan hikayat Baldur’s Gate, edisi kedua set Commander Legends menyaksikan kembalinya bingkai Rulebook. Setiap kad Makhluk Lagenda menerima bingkai yang dibentuk mengikut penampilan dan citarasa Dungeons & Dragons Monster Manual. Ia menghidupkan semula estetika rulebook klasik yang dihargai peminat permainan tabletop itu.

Bingkai Stunning Borderless juga tersedia dalam beberapa Mythic Rare Planeswalkers, artifak dan makhluk, termasuk lima Mythic Elder Dragons baharu yang melambangkan satu warna dan satu keupayaan.

Commander Legends: Battle for Baldur’s Gate akan tersedia dalam bentuk Draft Boosters, Set Boosters dan Collector Boosters, selain Precon Commander Decks, pek pra-lancar, dan Commander Legends Bundle yang mengandungi D20 bersaiz besar.

Untuk maklumat lanjut mengenai MtG Commander Legends: Battle for Baldur’s Gate, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Commander Legends: Battle for Baldur’s GateKadMTG
Previous Post

[Review] Top Gun: Maverick – Sekuel yang membawa kembali kenangan 30 tahun lalu

Next Post

[Review] Razer Barracuda Pro – Headset gaming wireless terbaik untuk semua platform!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] Razer Barracuda Pro – Headset gaming wireless terbaik untuk semua platform!

[Review] Razer Barracuda Pro - Headset gaming wireless terbaik untuk semua platform!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd