Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SD Gundam G Generation ETERNAL diumumkan untuk iOS & Android, ujian Closed Beta bakal menyusul

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2022
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
SD Gundam G Generation ETERNAL diumumkan untuk iOS & Android, ujian Closed Beta bakal menyusul
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco telah mengumumkan game strategi SD Gundam G Generation ETERNAL untuk peranti iOS dan Android. Seperti biasa, ia adalah “free-to-play” dengan pembelian dalam aplikasi. Malangnya, tarikh keluaran rasmi tidak diumumkan tetapi ujian beta tertutup dijangka akan datang tidak lama lagi.

Menurut laman web rasmi, Gundam G Generation ETERNAL adalah game strategi mobile yang menampilkan gameplay taktikal G Generation di mana kita sebagai pemain akan mengetuai skuad unit dalam pertempuran pada peta berasaskan grid. Oleh kerana ia dicipta untuk mobile, terdapat mode auto yang sangat sesuai untuk permainan kasual di telefon pintar kita.

Dalam game ini, kita boleh mencipta “sekumpulan warship” berpusatkan kapal perang atau “sekumpulan Mobile Suit” yang terdiri daripada unit-unit individu daripada siri-siri terkenal. Kerja kita adalah untuk mengumpul unit dan watak kegemaran daripada pelbagai siri “Gundam” untuk mencipta skuad original sendiri!

Memandangkan ada pelbagai unit Gundam, kita juga boleh alami semula adegan dan babak daripada siri Gundam original melalui pelbagai Stage/Level yang menarik! Inilah masanya untuk alami semua adegan yang tidak dapat dilupakan daripada anime/manga bersama siri Gundam kegemaran anda.

Selain daripada Stage/Level yang berkisarkan jalan cerita, terdapat Training di mana kita boleh mendapatkan bahan untuk menguatkan unit dan Event Stage di mana kita boleh mendapatkan pelbagai unit, kapal perang, watak baru dan bahan-bahan lain.

Antara siri Gundam yang akan ada dalam game termasuk:

  • Mobile Suit Gundam
  • Mobile Suit Gundam MS IGLOO: The Hidden One Year War
  • Mobile Suit Gundam MS IGLOO: Apocalypse 0079
  • Mobile Suit Gundam: The 08th MS Team
  • Mobile Suit Gundam 0080: War in the Pocket
  • Mobile Suit Gundam 0083 STARDUST MEMORY
  • Mobile Suit Z Gundam: A New Translation
  • Mobile Suit Gundam ZZ
  • Mobile Suit Gundam THUNDERBOLT
  • Mobile Fighter G Gundam
  • Mobile Suit Gundam Wing
  • After War Gundam X
  • Turn A Gundam
  • MOBILE SUIT GUNDAM SEED
  • Mobile Suit Gundam 00
  • Mobile Suit Gundam AGE
  • Gundam Reconguista in G
  • Mobile Suit Gundam IRON-BLOODED ORPHANS

Sekali lagi saya ingatkan, Gundam SD Gundam G Generation ETERNAL akan keluar untuk iOS dan Android sebagai game free-to-play. Tarikh keluaran rasmi belum didedahkan lagi buat masa ini.

Untuk baca segala liputan kami tentang Gundam, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidanimegundamiOSMobileSD Gundam G Generation ETERNAL
Previous Post

SD Gundam Battle Alliance akan keluar 25 Ogos 2022, boleh pre-order sekarang

Next Post

BioShock: The Collection kini PERCUMA di Epic Games Store! Claim sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
BioShock: The Collection kini PERCUMA di Epic Games Store! Claim sekarang!

BioShock: The Collection kini PERCUMA di Epic Games Store! Claim sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd