Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem One Piece: Red rasmi akan keluar di GSC Malaysia

safwan by safwan
May 26, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem One Piece: Red rasmi akan keluar di GSC Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat semua peminat anime di Malaysia kerana GSC Cinemas telah mengesahkan bahawa filem One Piece: Red rasmi akan ditayangkan di negara kita! Diumumkan melalui Twitter, GSC hanya retweet post daripada akaun rasmi Twitter One Piece: Red dengan berkata:

YASSSSSSSSSS ITS COMING

YASSSSSSSSSS ITS COMING https://t.co/Cq9NAy6MP8

— GSC (@GSCinemas) May 25, 2022

Baru-baru ini, One Piece mengeluarkan satu video pendek untuk menunjukkan penampilan baharu untuk watak World Government dan Marine termasuk Momonoga, Blueno dan Kalifa melalui media sosial.

Jika kita lihat dalam video tersebut, mereka menampilkan watak tersebut dengan berpakaian serba baharu untuk Marine dan agen World Government. Momonga, Sakazuki dan Borsolino adalah vice admiral dari Marine mendapat sedikit perubahan pada penampilan biasa mereka.

Selain itu, assassin dari CP9, Blueno dan Kalifa juga mendapat beberapa pakaian yang lebih kasual seperti ingin pergi ke parti dan ianya sesuai dengan suasana festival dalam filem baharu itu nanti. Terdapat juga Five Elders dari World Government yang ditampilkan dalam video tersebut tetapi perubahan pada pakaian mereka tidak banyak sejak penampilan terakhir semasa Four Emperor Saga.

Sebagai pemerintah dunia One Piece, World Government dan Marine akan menjadi antagonis utama dalam filem ini. World Government ditunjukkan sebagai sebuah organisasi korup yang tidak menerima kebebasan dan pengetahuan untuk melindungi status quo yang hanya menguntungkan golongan bangsawan manakala tugas Marine hanya menakutkan penduduk dengan menerapkan falsafah kejam dari Absolute Justice. Namun, mereka tidak memberi sebarang maklumat tentang peranan yang akan dimainkan oleh kedua-dua organisasi itu.

Bukan setakat itu sahaja, kebanyakan watak utama turut dapat pakaian baharu. Setiap krew Straw Hat Pirates akan mendapat dua pakaian baharu iaitu set pertama yang mempamerkan pakaian santai gaya percutian manakala set kedua akan menggabungkan unsur-unsur fesyen punk-rock klasik dengan peralatan lanun tradisional seperti topi tricorn dan baju tentera laut.

Set pakaian kedua telah ditunjukkan sebagai pakaian yang dipakai oleh krew Straw Hat semasa pertempuran dalam filem tersebut. Pakaian ini juga sesuai dengan tema muzik filem itu yang menyaksikan Straw Hat mengembara ke pulau baharu untuk menyaksikan persembahan dari penyanyi terkenal iaitu Uta. Watak baharu itu merupakan penyanyi dan anak perempuan kepada kapten lanun Red-Haired, Shanks.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa filem One Piece: Red akan ditayangkan 6 Ogos di Jepun manakala tayangan seluruh dunia masih belum diumumkan secara rasmi. Tetapi GSC telah mengesahkan bahawa filem One Piece: Red akan ditayangkan di Malaysia. Harap-harap GSC dapat mengumumkan tarikh tayangan secepat yang mungkin. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai One Piece, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Piece: Red
Previous Post

Bomber Crew – Game percuma Steam, boleh tuntut sehingga 3 Jun!

Next Post

Elon Musk tunjuk build Elden Ring, terus kena bahan oleh komuniti

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Elon Musk tunjuk build Elden Ring, terus kena bahan oleh komuniti

Elon Musk tunjuk build Elden Ring, terus kena bahan oleh komuniti

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd