Garmin Malaysia mengumumkan reka bentuk model smartwatch Instinct 2 Series terbaru mereka. Jangan sangkakan jam ini biasa sahaja. Ia mempunyai bateri yang berpanjangan untuk model tertentu contohnya Instinct 2 Solar. Jam ini akan datang dengan enam model baru dengan harga antara RM1630 – RM2330. Dilengkapkan dengan teknologi solar, Instinct 2 Series boleh digunakan dengan lama semasa berada dalam smartwatch mode. Tambahan pada rekodnya, Instinct 2 Series datang dengan dua saiz, 45 mm bezel dan 40mm bezel untuk Instinct 2S. Selain itu, Garmin juga mengadakan roadshow yang memaparkan smartwatch Instinct 2 versi One Piece!

En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia, berkata, “Instinct 2 Series dibina untuk menjadi berani dan mencabar anda untuk menonjol daripada orang ramai.” Dia menambah, “tetapi terdapat lebih daripada yang dapat dilihat dengan Instinct 2 Series. Ia menggabungkan warna-warna mencabar dengan teknologi terkemuka Garmin untuk menjadi lebih daripada sekadar smartwatch – Instinct 2 menjadi alat yang dipercayai untuk membantu anda menjalani kehidupan mengikut syarat anda sendiri.”
Yang lebih menarik lagi tentang jam terbaru Garmin ini, terdapat edisi khas untuk Asia serta kolaborasi dengan anime popular, One Piece. Smartwatch tersebut menampilkan watak Monkey D.Luffy, Roronoa Zoro dan Tony Tony Chopper. Tersedia dalam tiga edisi, koleksi smartwatch Instinct 2 Solar ONE PIECE boleh didapati pada harga RM 2,299 di semua kedai Garmin, Shopee dan Lazada. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai smartwatch Garmin One Piece dengan lebih lanjut melalui pautan ini. Kami juga berpeluang untuk hadir ke roadshow Garmin One Piece tersebut.

Berikut adalah 3 edisi terbaru Garmin untuk Instinct 2 Series:
- Surf Edition: Dihasilkan untuk seseorang yang berdedikasi untuk aktiviti sukan air seperti luncur air, luncur angin dan kiteboarding. Ia dilengkapi dengan widget khas untuk mendapatkan keadaan terkini lautan. Pengguna boleh menjejaki aktiviti mereka dan menyemaknya kemudian melalui Surfline Sessions™. Edisi ini akan tersedia dalam Instinct 2 dan Instinct 2S dengan atau tanpa solar.
- Tactical Edition: Popular dengan ciri ketenteraan, Instinct 2 Solar – Tactical Edition menambah ciri taktikal khusus seperti Kill Switch , Stealth Mode , Keserasian Night Vision Goggle, Koordinat Kedudukan Dwi Format dan mod Aktiviti Jumpmaster. Tersedia dalam warna Coyote Tan atau hitam.
- Camo Edition: Corak Grafit dan Mist Camo membolehkan individu menyorok atau menonjol mengikut lokasi mereka, sama ada hutan konkrit ataupun hutan sebenar.
Garmin Connect IQ
Siri Instinct 2 kini serasi dengan gedung Garmin Connect IQ™ (CIQ)2, platform semua-dalam-satu untuk memperibadikan Instinct 2 Series dengan aplikasi percuma dan banyak lagi. Ciri kesihatan juga tersedia untuk pemilik smartwatch melalui CIQ.
Ketersediaan dan Harga
Anda boleh merujuk senarai dibawah untuk melihat harga untuk setiap smartwatch baru ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Garmin.
The Instinct 2 Series | Harga |
Instinct 2 | |
Graphite (Non Solar) | RM 1,630.00 |
Graphite Camo | Mavericks (Non Solar) | RM 1,860.00 |
Graphite | Mist Gray | Tidal Blue (Solar) | RM 2,099.00 |
Black | Coyote Tan | Bell Beach (Solar) | RM 2,330.00 |
Instinct 2s | |
Graphite | Deep Orchid | Poppy (Non Solar) | RM 1,630.00 |
Mist Camo | Waikiki (Non Solar) | RM 1,860.00 |
Graphite | Mist Gray | Neo Tropic (Solar) | RM 2,099.00 |
Ericeira (Solar) | RM 2,330.00 |
@gamersantaimy
Discussion about this post