Akhirnya, Blizzard Entertainment telah mengumumkan tarikh pelancaran Diablo Immortal untuk Malaysia iaitu pada 22 Jun ini untuk iOS, Android dan PC. Sebelum ini, mereka telah umumkan tarikh untuk melancarkan game ini secara global iaitu 2 Jun.
Dengan memperkenalkan game ini ke PC, Diablo Immortal akan mempunyai ciri Cross-Play dan Cross Progression. Dengan ini, korang boleh bermainnya pada bila-bila masa, tidak kiralah pada PC mahupun peranti pintar anda.

Untuk pemain PC, korang boleh gunakan keyboard ataupun controller untuk bermain Diablo Immortal. Ikut keselesaan masing-masing. Lebih menarik lagi, versi mobile juga boleh menggunakan controller selain daripada UI pada skrin peranti.
Pemain yang berminat untuk bermain game ini semasa pelancaran, bolehlah pra-daftar di gedung aplikasi masing-masing. Anda boleh juga gunakan butang di bawah artikel ini untuk pra-daftar. Terdapat ganjaran khas yang anda boleh dapatkan selepas mendaftar. Antaranya ialah skin percuma iaitu ‘Horadrim Cosmetic set’ berdasarkan tema ‘Brotherhood of the Horadrim’ jika mencapai sasaran 30 juta pemain yang mendaftarkan diri sebelum tarikh pelancaran.

Tetapi sudah tentu ada benda yang korang kena lakukan untuk mendapat skin tersebut. Pemain perlukan log in dan habiskan tutorial game dalam masa 30 hari selepas Diablo Immortal dilancarkan. Tawaran ini boleh diguna pakai untuk satu watak bagi setiap akaun.
Kalau korang bermain di server lain pada 2 Jun, ada berita yang sedikit mengecewakan. Segala progress yang ada pada akaun tersebut tidak boleh dipindahkan ke server Asia. Jadi, kalau korang tidak mahu hilang progress, hanya perlu tunggu server Asia dibuka pada 22 Jun nanti ataupun guna sahaja akaun pada server sedia ada.
Disini kami sediakan spesifikasi penuh sebagai rujukan untuk setiap platform.
[wpdatatable id=121]Jadi, apa tunggu lagi? Cepat pra daftar untuk mendapatkan skin percuma, ‘Horadrim Cosmetic set’. Diablo Immortal akan tersedia di Malaysia pada 22 Jun untuk iOS, Android dan PC. Untuk membaca segala liputan kami tentang Diablo Immortal, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post