Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Impulse Gaming cawangan Ipoh akan buka pada 22 Mei, beserta promosi Grand Opening

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2022
in Artikel, Berita, Impulse Gaming, Promosi, Tempatan
0 0
0
Impulse Gaming cawangan Ipoh akan buka pada 22 Mei, beserta promosi Grand Opening
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, kami ada memberitahu bahawa Impulse Gaming akan membuka cawangan baru di Ipoh, Perak. Kini, kita akhirnya ada tarikh rasmi! Impulse Gaming cawangan Ipoh secara rasmi akan dibuka pada 22 Mei 2022, dan bukan itu sahaja, mereka juga akan mengadakan promosi Grand Opening sempena acara tersebut.

Berminat? Pergi saja ke alamat ini: 165, 167 Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee 30300 Ipoh, Perak, Malaysia

Promosi ini hanya untuk pelanggan “walk-in” di cawangan Ipoh sahaja dan sesiapa yang berminat untuk jenguk kedai, akan memperoleh baucar RM100 (tertakluk kepada terma dan syarat). Bak kata Impulse Gaming Ipoh, berikut adalah produk yang ditawarkan:

  • Nintendo Switch OLED – RM1299
  • Xbox Series S – RM1349
  • Xbox Series X – RM2599
  • Game PS4 pada harga bermula RM9
  • Tranya Earbuds pada harga bermula RM89
  • Harman Kardon Soundsticks 4 – RM1199
  • Thrustmaster Steering pada harga bermula RM1299
  • MSI Desktop FREE RM480 Steam Wallet
  • TTRacing Gaming Chair FREE Marvel Lumbar
  • Segala produk LEGO diskaun 30%
  • Produk Banpresto terpilih (3 untuk RM139)

Buat sesiapa yang tidak tahu, Impulse Gaming ialah syarikat yang menguruskan segalanya tentang game, apparel dan aksesori tetapi dengan harga yang lebih murah tanpa membuat dompet anda menangis. Tentang servis, korang tidak perlu risau. Servis mereka antara terbaik daripada yang terbaik di Malaysia.

Buat masa sekarang, mereka telah mempunyai sebanyak enam cawangan iaitu di Johor Bahru, Bandar Sunway Selangor, Georgetown Penang, Queensbay Penang, Midvalley Southkey Johor dan Seremban Negeri Sembilan. Dengan membuka cawangan di Ipoh, ini menandakan bahawa Impulse Gaming telah mempunyai tujuh cawangan di seluruh Malaysia. Selain daripada kedai fizikal, mereka juga mempunyai kedai online yang menggunakan perkhidmatan Shopee.

Kita masih tidak tahu rupa sebenar, tetapi melalui post Facebook Impulse Gaming Johor Bahru HQ, kita boleh lihat papan tanda kedai sedang dinaikkan.

Impulse gaming ipoh

Untuk lebih banyak berita menarik tentang game dan anime, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Grand OpeningImpulse GamingIpoh
Previous Post

Sony Store Malaysia membuka pre-order konsol PS5 bagi Mei 2022!

Next Post

SEA Games – Malaysia raih tempat ke-4 dalam Mobile Legends

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
SEA Games – Malaysia raih tempat ke-4 dalam Mobile Legends

SEA Games - Malaysia raih tempat ke-4 dalam Mobile Legends

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd