Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai setiap laptop, desktop & aksesori yang dikeluarkan oleh Acer untuk 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 19, 2022
in Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Laptop, Tablet, Teknologi
0 0
0
Senarai setiap laptop, desktop & aksesori yang dikeluarkan oleh Acer untuk 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Acer telah mengumumkan pelbagai laptop, desktop, tablet dan aksesori baru yang direka untuk perniagaan,pengguna dan keluarga bagi tahun 2022. Bukan sahaja menyediakan prestasi terbaru dan terkini, Acer juga telah melaksanakan beberapa ciri-ciri tambahan untuk membolehkan pelanggan mendapat yang terbaik daripada peranti untuk fungsi bekerja secara bergerak (remote working), hiburan selain kekal produktif.

Ingin mencari laptop atau desktop baru untuk tahun 2022, mari kita lihat pilihan baru Acer!

*Supaya tiada yang salah faham, Acer masih belum mengumumkan harga rasmi dan bila ia akan dikeluarkan di Malaysia. Hanya harga versi global sahaja yang dinyatakan*

Acer Chromebook Spin 714

Acer Chromebook Spin 714 (CP714-1WN) dan Acer Chromebook Enterprise Spin 714 mengambil pentas utama sebagai Chromebook premium terbaru syarikat itu. Peranti yang disahkan Intel® Evo™ platform itu menggunakan pemprosesan Intel® Core™ Generasi ke-12 (sehingga ke Core™ i7) bagi mencapai penambahan prestasi sebanyak 20% untuk memenuhi keperluan tugasan seperti coding, suntingan video, dan gaming. Peranti Chrome OS baharu ini sedia digunakan apabila pelanggan mahu menggunakannya; ia bangun dari mod tidur dalam beberapa saat dan mencapai 10 jam jangka hayat bateri atau empat jam penggunaan selepas pengecasan pantas 30 minit.

Skrin sentuh 14 inci menampilkan julat warna 100% sRGB yang cerah, dan hadir dalam dua pilihan resolusi: WQXGA (2560×1600) and WUXGA (1920×1200), kedua-duanya dengan Antimicrobial Corning® Gorilla® Glass untuk menahan kotoran dan bakteria. Nisbah bidang 16:10 yang lebih tinggi memberi pelajar dan profesional ciri skrin tambahan untuk melakar, mencatat nota dan mengakses aplikasi menggunakan stylus USI yang menyediakan 4,096 tahap kepekaan tekanan.

Dioptimumkan untuk sidang video, Acer Chromebook Spin 714 memaparkan webcam HD penuh MIPI dengan teknologi pengurangan bunyi dan susunan dwi mikrofon, sementara dua pembesar suara yang menghadap ke atas dengan DTS Audio dan amplifier pintar memberikan bunyi bermutu tinggi dan bebas gangguan. Ciri-ciri keterhubungan dan kemudahan disertakan pada Acer Chromebook Spin 714, antaranya Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2, papan kekunci berlampu, dan sejumlah port termasuk port HDMI dan dua port Thunderbolt™ 4. Pilihan pengimbas ibu jari membolehkan log masuk pengguna dengan cepat dan selamat.

Rekaan premium dan dan boleh diubah Acer Chromebook Spin 714 membantu pelanggan memanfaatkan ciri-cirinya. Chasis aluminium yang anggun memaparkan ketahanan U.S. MIL-STD 810H, bagi melindungi dari jatuh dan calar, selain engsel 360-darjah membolehkan ia berubah-ubah untuk sejumlah latar dan kegunaan.

Acer Chromebook Tab 510

Acer telah mengumumkan Acer Chromebook Tab 510 (D652N/D652NL) terbarunya dengan rekaan mudahalih dan tahan lasak, dan prestasi untuk membawa Chrome OS di mana sahaja dalam bentuk tablet. Acer Chromebook Tab 510 menyediakan pengalaman persidangan yang baik dengan paparan HD penuh IPS 10.1inci nisbah 16:10 WUXGA (1920 x 1200), web kamera depan 5 megapixel MIPI untuk panggilan video, dan kamera 8 megapixel MIPI untuk mengambil gambar. 

Ditunjangi Snapdragon® 7c Gen 2 Compute Platform, pengguna boleh sentiasa berhubung dengan pilihan 4GLTE, membolehkan mereka terus berhubung tanpa bergantung pada Wi-Fi. Dengan hayat bateri selama 11jam daripada satu cas, Acer Chromebook Tab 510 dioptimumkan untuk digunakan semasa dalam perjalanan, menjadikannya teman yang sempurna untuk hari yang sibuk.

Dibina untuk tahan lasak walaupun hari yang paling mencabar, tablet Chromebook memenuhi piawaian MIL-STD 810H dengan casis kalis hentaman, bampar sudut menyerap hentakan dan reka bentuk diperkukuh yang melindunginya daripada jatuh setinggi 122 cm (48 inci).  Selain itu, ia dilengkapi dengan Antimicrobial Corning® Gorilla® Glass pada permukaan skrin sentuh untuk mengurangkan pertumbuhan bau dan mikroorganisme.

Memberikan pengalaman seperti menggunakan pen di atas kertas kepada pengguna, Acer Chromebook Tab510 hadir dengan stylus USI boleh lekat yang memaparkan 4,096 tahap sensitiviti. Beg papan kekunci Folio tersedia, yang membolehkan peranti digunakan untuk pengalaman ala-komputer riba.

Acer Swift 3 OLED

Laptop Acer Swift 3 OLED baru (SF314-71) ditunjangi pemprosesan Intel® Core H-series Generasi ke-12 dengan Intel Iris® Xe graphics, PCIe Gen4 SSDs, dan memori LPDDRS sehingga 15 GB, menawarkan golongan profesional, freelance dan pelajar, produk berkuasa tinggi untuk kerja-kerja bersifat kreatif dan juga untuk gaming. Laptop tersebut disahkan oleh Intel® Evo™ sebagai memenuhi sasaran pengalaman utama seperti instant wake, dan menawarkan 10 jam penggunaan bateri sebenar. Jika diperlukan, pengecasan 30 minit mampu memberi 4 jam penggunaan bateri.

Ringan, moden dan nipis, Swift 3 OLED menampilkan paparan OLED 14-inci 16:10 WQXGA+ (2.8k) dengan 92% nisbah screen-to-body yang disahkan oleh VESA DisplayHDR True Black 500. Paparan itu menyediakan pengimejan sebenar yang menyokong 100% gamut warna DCI-P3. Laptop itu mempunyai chasis logam aluminium setebal 17.9 mm, dengan berat hanya 1.4 kg, dan menampilkan pad sentuh OceanGlass™ diperbuat daripada sisa plastik yang berisiko dibuang ke laut, yang memberikan pengguna rasa sentuhan seperti kaca apabila menatal.

Swift 3 OLED menampilkan Intel Wi-Fi 6E untuk sambungan internet yang pantas. Kamera web FHD MIPI pula memanfaatkan teknologi Pengurangan Bunyi Temporal (TNR) Acer untuk memberikan siaran video berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan cahaya malap, manakala teknologi seperti Acer PurifiedVoice™ dengan AI Noise Reduction memastikan suara pengguna didengar dengan kuat dan jelas. Papan kekunci berlampu menampilkan rekaan salur masuk udara yang membuang lebih 8-10% haba berbanding papan kekunci standard.

Acer Spin 5 

Acer Spin 5 (SP514-51N) ialah laptop convertible yang ringan (1.3 kg), ultra nipis (16.9 mm) dengan paparan sentuh 14-inci 16:10 WQXGA (2560 x 1600) beserta pensijilan cahaya biru rendah TÜV dan 88% nisbah screen-to-body. Reka bentuk engsel 360 darjah Spin 5 yang inovatif dengan bearing yang direka khas membolehkan peralihan yang lancar antara pelbagai mod penggunaan: mod komputer riba, dirian, khemah atau tablet, menjadikannya bersedia untuk sebarang tugas. Spin 5 direka bagi mereka yang memerlukan peranti convertible dengan kuasa untuk projek kreatif.

Acer Spin 5 merupakan komputer riba yang disahkan oleh Intel Evo, dan menampilkan pemprosesan Intel Core i7 Generasi ke-12 dan Intel Iris Xe graphics bagi mempercepatkan keperluan menyunting. Ia datang dengan memori LPDDRS 16 GB dan storage 1 TB PCIe Gen 4 SSD. Wi-Fi 6E AX1675i memberikan sambungan internet berkelajuan tinggi dan dua port Type-C USB dengan Thunderbolt™ 4 memastikan pemindahan data yang laju dan pemberian kuasa. 

Sistem penyejukan TwinAir Spin 5 direka dengan seni bina Vortex Flow Acer, meningkatkan prestasi sehingga75%. Paip haba tembaga dwi D6 membantu mengekalkan suhu optimum untuk pengalaman prestasi terbaik. Acer Active Stylus yang boleh dicas semula dengan teknologi Wacom AES 2.0 memberikan ketepatan kejuruteraan dengan 4,096 tahap tekanan untuk ketepatan dan kawalan yang dipertingkatkan. Spin 5 juga menampilkan Acer Purified Voice dengan Pengurangan Noise dipertingkatkan AI dan Audio DTS untuk memastikan audio berkualiti tinggi pada panggilan video.

Acer Spin 3

Spin 3 (SP314-55/N) 14-inci yang nipis dan boleh tukar ialah komputer riba skrin sentuh FHD 2-dalam-1 yang disertakan dengan Acer Active Stylus untuk tugasan menulis dan melukis secara on-the-go. Ia dikuasakan oleh pemprosesan Intel Core Generasi ke-12 dengan grafik Intel Iris Xe graphics dan PCIe SSD, dan boleh dicas untuk penggunaan 4 jam dalam 30 minit menawarkan prestasi dan produktiviti yang mantap untuk golongan profesional. Acer Spin 3 mempunyai bezel nipis yang menawarkan nisbah 86% screen-to-body dan boleh berputar 360 darjah, memudahkan pertukaran fungsi antara membaca, mengambil nota atau berkongsi kerja. Laptop ini menawarkan sambungan pantas dengan Wi-Fi 6 dan dua USB Type-C dengan port Thunderbolt 4 bagi memastikan pemindahan data dan penghantaran kuasa yang pantas. Spin 3 menampilkan kamera HD dengan teknologi TNR Acer dan dilengkapi dengan Acer PurifedV oice dan Noise Reduction yang ditambah baik dengan AI.

Acer TravelMate P4 dan TravelMate Spin P4 

Laptop TravelMate P4 14-inci dan 16-inci serta TravelMate Spin P4 14-inci tersedia dengan pilihan pemprosesan Intel® Core™ i7 vPro® Generasi ke-12 dan AMD Ryzen™ 7. Paparan IPS WUXGA (1920 x 1200)bezel nipis memberikan nisbah 86% screen-to-body dan 16:10 aspect ratio memaksimumkan penggunaan permukaan skrin.

Semua model All TravelMate P4 dan TravelMate P4 Spin memberikan prestasi sidang videos bermutu tinggi dengan mikrofon noise reduction berkuasakan AI, empat speaker, dan DTS Audio yang dibina di dalam untuk audio bermutu tinggi dan bebas gangguan. Laptop mesra alam ini menggunakan 37.7% plastik PCR (Post-Consumer Recycled) dan 100% bahan pembungkusan yang dikitar semula. 

TravelMate Spin P4

Tambahan pula, TravelMate Spin P4 mempunyai paparan anti-silau, boleh diputar 360 darjah kedalam mod komputer riba, diri, khemah atau tablet, dan menyokong stylus AES 1.0 untuk penulisan nota yang mudah. Skrin dan pad sentuh menampilkan Corning® Gorilla® Glass  kalis calar dan tahan lama.

Acer TravelMate P2

Laptop bisnes Acer TravelMate P2 menampilkan engsel 180-darjah yang membuka secara mendatar, dan hadir dengan versi 14-inci dan 15.6 inci dikuasakan oleh pemprosesan Intel Core i7 vPro Generasi ke-12.Peranti ini tampil dengan bahan plastik PCR (Post-Consumer Recycled) yang membentuk chasis, dan pads entuh OceanGlass™, diperbuat dari plastik yang berisiko dibuang ke laut dan lapisan tekstur UV bagi menyediakan sentuhan seperti kaca.

Laptop ConceptD 5

Laptop pencipta berkuasa tinggi, ConceptD 5 dan ConceptD 5 Pro yang direka untuk golongan profesional yang sentiasa bergerak dan sesuai bagi mereka yang memerlukan keupayaan mencipta atau menyunting kerja semasa dalam perjalanan. Dengan ketinggian kurang daripada satu inci, reka bentuk logam yang canggih dan tahan lasak menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana.

Direka bentuk untuk mengendalikan pemodelan CAD yang besar dan kompleks dan penciptaan kandungan digital canggih, ia menghasilkan video resolusi sehingga 6K dengan lancar, memproses animasi 3D dengan mudah dan menyampaikan pengekodan dan kualiti imej terbaik untuk penstriman langsung.

Model-model tersebut dilengkapi dengan komponen berprestasi tinggi terkini termasuk pemproses Intel Core i7-12700H Generasi ke-12 dan GPU Laptop NVIDIA RTX™ dan GeForce RTX yang berkuasa; GPU GeForceRTX 3070 Ti boleh didapati pada model CN516-73G, manakala NVIDIA RTX A5500 yang lebih berkuasa dipaparkan pada konfigurasi Pro (CN516-73P). Ia menawarkan  LPDDR5 SDRAM  sehingga 32 GB dan storan SSD NVMe PCIe Gen 4 M.2 ultra-responsif sehingga 2TB.

Reka bentuk thermal canggih memastikan semua itu berjalan dengan sejuk dan cekap; alur masuk udara dan ekzos yang diletakkan secara strategik menjana”Vortex Flow” yang aerodinamik dalam peranti, manakala tiga kipas penyejukan yang cekap mengurangkan tahap kebisingan kurang daripada 40 dBA.

Acer juga berkolaborasi with NVIDIA untuk membawa semua kelebihan daripada NVIDIA Studio kepada ConceptD dan ConceptD 5 Pro. Sebagai laptop yang diiktiraf oleh studio NVDIA, aplikasi kreatif terbaik dimasukkan optimisasi perisian dan NVIDIA Studio Drivers. Para artis boleh mencipta sepantas imaginasi, hasil daripada perkakasan yang mempercepatkan 3D, suntingan video, penstriman secara langsung dan arus kerja rekaan grafik.

Pengguna juga mendapat akses kepada perkakasan NVIDIA termasuk NVIDIA omniverse untuk suntingan 3D dan kolaborasi, NVIDIA Broadcast untuk strim langsung dan NVDIA Canvas untuk lukisan landskap dibantu AI.

Paparan OLED WQUXGA (3840 x 2400) 400-nit sebagai pilihan yang dipenuhi piksel menerima sokongan beberapa teknologi warna, termasuklah liputan 100% DCI-P3, PANTONE® Matching System (PMS) Colors, keupayaan HDR dan kalibrasi warna Delta E<2. Ia memberi warna yang disaturasi dengan hitam yang lebih gelap, putih yang lebih cerah dan ketepatan warna spektrum penuh. Skrin tambahan tersedia dengan 16:10 aspect ratio sangat berguna dalam menguruskan aplikasi title bars dan Window taskbars di atas dan bawah skrin.

Menyokong rekaan berkuasa tetapi nipis dan ringan, siri laptop ConceptD hadir dengan bateri berkapasiti paling tinggi yang pernah disertakan. Bateri 99.98-Wh lithium-polymer menyampaikan kuasa lestari maksimum untuk melayari web, tontonan video dan penstriman sehingga 11 jam.

Siri ConceptD 5 juga menawarkan pilihan port pelbagai yang penting untuk penciptaan kandungan. PortHDMI 2.1 dan card reader SD 7.0 bersaiz penuh memudahkan perhubungan kepada persisian dan memindahkan kandungan dengan cepat, manakala penyambung Thunderbolt™ 4 dan USB Type-C  mengecas peranti, memindahkan fail dengan cepat dan menyambungkan paparan kepada beberapa monitor luaran.

Papan kekunci berlampu bersaiz penuh terdiri daripada keycap keras dan mekanisme gunting dengan perjalanan 1.55 mm jarak untuk sesi menaip responsif, selesa dan tenang. Pad sentuh Corning® Gorilla® Glass adalah 27% lebih besar berbanding generasi sebelumnya, dan pengimbas cap jari disepadukan terus ke bahagian atas sebelah kiri pad sentuh bagi memudahkan log masuk melalui Windows Hello.

Hotkeys yang dibina terus memberikan pencipta kandungan cara mudah untuk bekerja; “Snipping Tool Key” membolehkan perkongsian tangkap layar; “ConceptD Key” membuka tetingkap Color Picker; dan “Swapping Apps Key”membolehkan pencipta menukar tetingkap dengan menekan kekunci itu secara berulang. Kekunci boleh diubah dan disesuaikan dalam ConceptD Palette, yang membolehkan pencipta menukar profil warna atau setting mikrofon dengan cepat dan mudah, mengakses aplikasi kegemaran dan menukar setting bunyi.

Pengguna juga boleh memantau CPU, GPU, penggunaan memori laptop dan jika perlu,  menukar mode antara prestasi penuh, seimbang dan Eko senyap.

Desktop ConceptD 500

PC Desktop ConceptD 500 hadir dengan rekaan moden minimalis berwarna putih dengan pencahayaan hangat, estetika, dan bersifat sepanjang zaman. Di sebalik rekaan itu, ConceptD 500 bersaiz sederhana (20L) mempunyai keupayaan kuasa tinggi, menjadikannya satu desktop PC yang sempurna untuk kerja-kerja intensif seperti animasi 3D, video, dan projek rekaan yang kompleks.

Mengoperasikan Windows 11, model terbaharu (CT500-53A) datang bersama teknologi terkini daripada Intel dan NVIDIA, termasuk pemproses Intel Core i9 Generasi ke-12 dan pilihan grafik berkuasa — sama ada NVIDIA RTX A4000 atau  GPU GeForce RTX 3070.

Dengan memori DDR4 3200Mhz sehingga 128 GB, storan 4SSD M.2 Gen sehingga 4 TB dan HDD sehingga 4 TB, ia menawarkan segala prestasi dan storan yang diperlukan untuk aplikasi reka bentuk 2D dan 3D yang paling berat. ConceptD 500 berjalan dengan sejuk dan senyap; pengambilan udara hadapan mengoptimumkan penyejukan dan tahap kebisingan dikekalkan kurang daripada 40 dbA — senyap seperti suasana perpustakaan.

Rangkaian penuh port untuk menyambung ke persisian diletakkan di depan dan belakang unit untuk kemudahan akses. Para profesional boleh memindahkan fail dengan pantas dengan port USB Type-C (10Gbps) atau pembaca kad SD bersepadu, dan menyambung dengan pantas dan selamat ke Internet melalui sambungan LAN berkelajuan tinggi dengan kelajuan sehingga 2.5Gbps.

Desktop ConceptD 100

ConceptD 100 ialah desktop faktor bentuk kecil yang menjimatkan ruang bersesuaian untuk profesional kreatif PKS. Saiznya yang kecil dan reka bentuk klasik menjadikannya sesuai untuk mana-mana pejabat atau studio moden. Ia juga menampilkan reka bentuk minimalis putih dengan sisi berbentuk bulat yang lembut,panel atas daripada kayu faux dan jalur cahaya kuning di sepanjang panel hadapan untuk penampilan yang elegan.

Dibangunkan untuk pencipta kandungan 2D dan 3D sama ada individu atau studio bersaiz kecil hingga sederhana, ia menampilkan komponen berkuasa yang sesuai untuk reka bentuk grafik, pemodelan 3D ringan,penugasan CAD dan BIM. Model terkini (CM100-53A) menawarkan pemproses Intel Core i5 atau Core i7 Generasi ke-12 dan NVIDIAT400 atau T1000 GPU1. Ia menyokong sehingga memori DDR4 3200Mhz 128 GB, 7200 RPM HDD sehingga 2TB dan  M.2 PCI-e/Gen 4 SSD sehingga 2 TB.

Port di bahagian hadapan dan belakang memudahkan sambungan ke pelbagai peranti persisian supaya para pencipta kandungan boleh memindahkan fail dengan cepat dengan port USB Type-C (10 Gbps) atau pembaca kad SD bersepadu. Ia juga hadir dengan sambungan LAN berkelajuan tinggi dengan kelajuan sehingga 2.5 Gbps untuk sambungan internet yang pantas dan utuh.Selain itu, ciri thermal canggih menjadikannya sejuk, dan tahap kebisingan juga dikekalkan pada kurang daripada 40 dbA.

Laptop Aspire Vero

Aspire Vero (AV14-51)

Aspire Vero (AV14-51) baru menampilkan paparan HD penuh 14 inci dan menawarkan kebaikan ekologikal generasi terdahulu, namun dikuasakan oleh pemprosesan terbaru, Intel®Core™ Generasi ke-12. Sebagai tambahan kepada warna Cobblestone Grey yang menjadi signatur, ia juga tersedia dalam warna Mariana Blue.

Menggabungkan grafik Intel®Iris®Xe dan Wi-Fi 6, ia direka untuk mencipta dan menghubung, selain dilengkapkan oleh pilihan port pelbagai, termasuk Thunderbolt™ 4/USB Type-C dan dua port USB 3.2 Gen1 Type-A, salah satunya boleh digunakan untuk mengecas peranti mudah alih walaupun sistem sedang ditutup.

Aspire Vero (AV15-52)

Aspire Vero (AV15-52) baharu menampilkan paparan HD penuh 15inci dan seperti AV14-51, ia ditunjangi pemprosesan Gen Intel®Core™ Generasi ke-12 bagi memenuhi penggunaan aplikasi produktiviti dan hiburan terkini. Disokong oleh dua port USB 3.2 Type-A Gen 1 dan port Thunderbolt 4/USB Type-C dan mengecas peranti mudah alih semasa komputer riba dimatikan. Ia tersedia dalam warna Starry Black selain warga Cobblestone Gray. Kamera HD penuh menyokong sidang video bermutu tinggi.

Direka bersama Intel, peranti-peranti akan memenuhi keperluan komputer riba Intel Evo menerusi spesifikasi Intel dan sasaran pengalaman utama dari segi responsif, bangun pada kadar segera, jangka hayat bateri, cas laju dan kolaborasi pintar. Kedua-dua trackpad Aspire Vero Ocean Glass™ bersaiz 14 inci dan 15 inci dihasilkan daripada plastik yang berisiko dibuang ke laut (OBP).

Seperti model-model sebelum ini, kedua-dua chasis Aspire Vero menggunakan 30% plastik PCR yang mampan dan kukuh, selain menjimatkan 21% pengeluaran karbon ketika penghasilan chasis. Bezel skrin laptop tersebut menggunakan 30% PCR dan kekunci menggunakan 50% plastik PCR, mengurangkan lagi jejak ekologi komputer itu. Tiada cat digunakan untuk chasis.

Bagi menambah jangka hayat, proses pembaikian dan naik taraf dimudahkan dengan penutup bawah yang senang dibuka dengan skru standard sekiranya pengguna ingin menggantikan RAM dan SSD. Pembungkusan dalam komputer riba direka dengan pintar sebagai kotak pelbagai guna dengan pembahagi dalaman yang boleh dilipat menjadi kakisegitiga komputer riba.

Pembungkusan unik ini melindungi peranti tanpa memerlukan apa-apa kecuali 85% kertas kitar semula, selain sarung komputer riba yang menggunakan 100% plastik PIR dan helaian plastik tambahan dari 100% plastik PIR yang diletakkan antara paparan dan papan kekunci.

Acer Veriton Vero All-In-One

Komputer meja all-in-one Veriton Vero (VVZ4694G) dibina untuk perniagaan yang mementingkan alam sekitar, termasuk pengguna yang bekerja dari rumah yang mencari komputer berkuasa tinggi dalam rekaan yang menjimatkan ruang. Elegan dan anggun, ia menampilkan paparan IPS HD penuh 24 inci yang menyokong sudut pandangan lebar dan nisbah 88% badan-ke-skrin, dihasilkan oleh rekaan bezel yang nipis.

Ia juga boleh digantung ke dinding mengikut standard VESA bagi lebih penjimatan ruang. Veriton Vero AIO terdiri daripada 30% bahan kitar semula yang telah digunakan, dan dilengkapi dengan papan kekunci dan tetikus yang juga diperbuat daripada bahan PCR. Pembungkusan adalah 100% boleh dikitar semula, dan untuk memanjangkan jangka hayat, penutup belakang tanpa skru boleh ditanggalkan dengan mudah untuk naik taraf atau pembaikan.

Dengan kuasa yang mencukupi untuk menyokong aplikasi hiburan dan produktiviti terkini untuk masa akan datang, Veriton Vero padat dengan pemprosesan Intel®Core™ i9[1]Generasi ke-12, GPU NVIDIA GeForce®MX550 yang senyap dan memori DDR4 3200 MHz dwi-saluran sehingga 64 GB. Wi-Fi 6E (802.11ax) menyampaikan sambungan yang boleh dipercayai untuk komunikasi tanpa gangguan dan port USB 3.2 Gen 2×2 Type-C menyokong pemindahan data berkelajuan tinggi 20 Gbps untuk proses muat turun pantas.

Dua SSD M.2 menyokong storan sehingga 2 TB. BlueLight Shield menyediakan tiga pilihan tahap penapis cahaya biru dengan pengurangan tertinggi sehingga 30% pelepasan cahaya biru untuk membantu melindungi mata.

Aspek perlindungan data sensitif menjadi kritikal pada hari ini. Veriton Vero dilengkapi dengan Windows Hello yang menggunakan pengimbas IR untuk pengecaman muka, manakala Modul Platform Dipercayai (TPM) 2.0 yang senyap meningkatkan keselamatan. Selain itu, penderia pintar Tobii Aware bersepadu mengunci dan mengaburkan skrin jika pengguna lain cuba mengaksesnya. Kamera web 5MP di dalam komputer riba mempunyai pengatup yang menutup bagi menyembunyikan data sulit. Kamera ini boleh diputar ke arah pengguna untuk panggilan video atau ke bilik untuk mempamerkan kumpulan berbanding individu untuk sidang video kumpulan.

Monitor Vero

Acer B247Y-G

Dua monitor Vero IPS baharu, Acer CB273 FHD 27 inci dan Acer B247Y-G FHD 23.8 inci menampilkan reka bentuk mesra alam yang terdiri daripada 85% plastik PCR dan 5% plastik yang berisiko dibuang ke laut (OBP). Dengan penilaian Delta E<1, Acer CB273 memberikan warna yang pelbagai dan jelas. Panel yang diperakui oleh TÜV Rheinland Eyesafe®mengurangkan cahaya biru bertenaga tinggi untuk melindungi mata, sambil mengekalkan integriti warna skrin.

Acer CB273

Acer CB273 juga dilengkapi dengan suis KVM untuk penggunaan lebih daripada satu komputer dan menukar dengan mudah antara komputer, sambil menggunakan monitor, papan kekunci dan tetikus yang sama. Dilengkapi dengan USB Type-C, monitor ini boleh memberikan kuasa sehingga 90 W kepada peranti.

Projektor Vero PD2325W

Projektor jimat tenaga dengan impak alam sekitar yang rendah, Acer Vero PD2325W menggunakan 50% plastik PCR dalam chasis dan 85% kertas kitar semula dalam pembungkusan untuk mengurangkan sisa. Sumber cahaya LEDnya menyediakan sehingga jangka hayat 30,000 jam yang panjang dan menghasilkan kira-kira 50% penjimatan tenaga berbanding projektor lampu tradisional yang mengandungi merkuri. Ini menjadikannya bukan sahaja lebih mesra alam, tetapi juga mengurangkan jumlah kos pemilikan.

Dengan nisbah kontras 2,000,000:1 yang tinggi, 2,200 lumen dan resolusi WXGA (1280 x 800), Acer Vero PD2325W menayangkan pembentangan dengan jelas dan tepat. Ia juga menyokong gamut warna lebar 125% REC 709 yang dilanjutkan yang 1.5 hingga 2 kali lebih lebar daripada apa yang disediakan oleh projektor berasaskan lampu tradisional, Auto Keystone Correction yang terdapat pada projektor itu secara automatik meminda herotan menegak, manakala projektor boleh dipasang di siling. Selain itu, BlueLightShield bersepadu menyokong pelarasan penapis cahaya biru untuk mengurangkan pendedahan.

Acer Vero PD2325W mempunyai pembesar suara bersepadu 5 Wuntuk mempamerkan video, muzik dan filem tanpa perlu menyambung pembesar suara yang berasingan. Ia juga menyokong penggunaan berterusan 24/7 untuk pameran awam atau pameran muzium.

Tetikus Vero & Papan Kekunci

Barisan produk Vero kini menampilkan aksesori sampingan seperti tetikus dan papan kekunci yang direka untuk mengurangkan sisa dan pengeluaran karbon, selain bunyi bising. Penutup atas kedua-dua produk itu dibuat daripada 65% plastik PCR dan penutup bawah diperbuat daripada 30% OBP. Jangka hayat yang lama penting untuk meminimakan pembaziran.

Kedua-dua tetikus dan papan kekunci dibina untuk ketahanan dengan tetikus mempunyai jangka hayat bateri 18 bulan dan papan kekunci pula mampu bertahan untuk 5 juta klik. Papan kekunci pada kedua-dua produk hampir tidak mengeluarkan bunyi, satu kelebihan apabila bekerja di ruangan awam seperti kafe atau perpustakaan, sambil melayani muzik atau podcast di rumah. Model pengguna dan komersial ditawarkan dengan versi pengguna membawa kombinasi kelabu muda dan charcoal dengan rona kuning cerah, manakala kelabu charcoal monochrome tersedia untuk model profesional.

Acer Earthion

Barisan produk Vero bermula dengan inisiatif Earthion, iaitu misi Acer untuk memanfaatkan kekuatan, rakan kongsi rantaian bekalan, pelanggan dan pekerja untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif dan bersepadu bagi membantu menangani isu alam sekitar, dalam usaha mencipta masa depan yang lebih mampan. Objektif Earthion termasuk komitmen RE100 Acer untuk mendapatkan 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035, reka bentuk produk yang lebih mesra alam, dan pengurangan jejak karbon rantaian bekalan Acer.

Itulah antara produk terbaru yang diumumkan oleh Acer pada tahun 2022! Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi mereka di sini atau baca liputan lama kami di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2022AcerdesktopLaptop
Previous Post

[Review] Acer Predator X28 – Monitor padu dengan sokongan 4K dan pelarasan mantap!

Next Post

One Piece – Asal usul Kaido, penjahat terhebat yang dikalahkan oleh Joy Boy

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
One Piece – Asal usul Kaido, penjahat terhebat yang dikalahkan oleh Joy Boy

One Piece - Asal usul Kaido, penjahat terhebat yang dikalahkan oleh Joy Boy

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd