Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SEA Games Hanoi 2021: FIFA Online 4 sumbang Gangsa & tempat ke-4 bagi Wild Rift

safwan by safwan
May 19, 2022 - Updated on May 25, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports
0 0
0
SEA Games Hanoi 2021: FIFA Online 4 sumbang Gangsa & tempat ke-4 bagi Wild Rift
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia menyasarkan kedudukan pingat Perak ke atas dan dijangka diperoleh daripada game seperti MLBB, PUBG Mobile, FIFA Online 4 dan Arena of Valor di SEA Games Hanoi 2021 yang sedang berlangsung bermula pada 12 Mei hingga 23 Mei. Sasaran ini dibuat melalui prestasi atlet pada SEA Games yang lalu, di mana kontinjen negara berjaya membawa pulang pingat Emas untuk game Hearthstone dan pingat Gangsa untuk MLBB.

Buat masa sekarang, hanya 2 acara sahaja yang telah tamat iaitu FIFA Online 4 dan Wild Rift. Pemain FIFA Online 4 dapat menyumbang pingat Gangsa dan Wild Rift dapat tempat ke-4 selepas tewas di tangan Singapura. Walaupun pemain Wild Rift tidak dapat menyumbang apa-apa pingat, mereka telah cuba sehabis baik untuk mendapatkan tempat terbaik antara yang terbaik.

SEA Games Hanoi 2021

Untuk acara Mobile Legends: Bang Bang, pasukan Malaysia telah melepasi peringkat kumpulan dan mara ke peringkat separuh akhir yang akan menentang pasukan daripada negara Jiran iaitu Indonesia. Untuk acara PUBG Mobile berkumpulan, pihak penganjur terpaksa menangguhkan peringkat kelayakan kepada 19 Mei atas sebab masalah teknikal yang dihadapi.

SEA Games Hanoi 2021

Bagi acara PUBG Mobile Solo, Jumper dapat mengakhiri acara ini di TOP 6 bersama Double WWCD dan UHIGH berjaya naik ke TOP 10 selepas bertungkus lumus pada hari ke-2. Dalam acara Free Fire yang berlangsung pada 14 Mei dan 15 Mei, Malaysia telah mengakhiri dalam kedudukan 7 dan 8 dengan pungutan mata sebanyak 107 dan 104. Berikut adalah jadual penuh bagi acara-acara e-sport yang sedang berlangsung:

PUBG Mobile berkumpulan

  • 19 Mei 2022 (Peringkat Kelayakan)
  • 20 Mei – 22 Mei 2022 (Peringkat Akhir)

Mobile Legends Bang Bang

  • 18 Mei – 19 Mei 2022 (Peringkat kumpulan)
  • 20 Mei (Peringkat Akhir)

League of Legends

  • 20 Mei 2022 (Peringkat Kumpulan)
  • 21 Mei – 22 Mei 2022 ( Peringkat Akhir)

Arena of Valor

  • 20 Mei – 21 Mei 2022 (Peringkat Kumpulan)
  • 21 Mei – 22 Mei 2022 (Peringkat Akhir)

Berikut adalah keputusan terkini:

[wpdatatable id=99]

Walau apa pun keputusan yang dapat bagi setiap acara, pemain telah bertungkus lumus untuk mencuba sehabis baik dan menyumbang pingat untuk negara tercinta Malaysia. Dengan SEA Games Hanoi 2021 berbaki 4 hari lagi, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan dan majulah e-sports untuk Negara! Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang e-sport, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
League of Legends: Wild Rift
Publisher: Riot Games
Release Date: 2020-10-27
Android, iOS
League of Legends: Wild Rift adalah game Multiplayer Online Battle Arena yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games untuk Android dan iOS. Permainan ini adalah versi ringkas dari padarakan PC-nya, League of Legends.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: arena of valorFIFA Online 4League of Legends: Wild RiftMobile Legends: Bang Bangpubg mobile
Previous Post

Takda skin dalam PUBG Mobile? Ada banyak item percuma untuk korang dapatkan!

Next Post

“Saya minta maaf” – Cosplayer maid di AnimeFest tampil memohon maaf selepas viral!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Saya minta maaf” – Cosplayer maid di AnimeFest tampil memohon maaf selepas viral!

"Saya minta maaf" - Cosplayer maid di AnimeFest tampil memohon maaf selepas viral!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd