Dead by Daylight (DBD) memang terkenal dengan kolaborasi dengan francais seram seperti SAW, Resident Evil, Silent Hill dan banyak lagi. Tetapi ini kali pertama game tersebut melakukan kolaborasi dengan siri anime. Dead by Daylight telah mengumumkan kolaborasi dengan Attack on Titan pada masa hadapan. Jom, kita lihat apa yang menanti pemain dalam kolaborasi baru ini.
Semasa livestream ulang tahun DBD, pengumuman mengenai kolaborasi bersama siri AOT telah pun dilakukan. Kalau anda berharap untuk menjadi Killer sebagai Titan, anda mungkin kecewa. Hanya skin sahaja yang tersedia untuk kolaborasi ini. Skin Attack on Titan ini hanya tersedia untuk dua watak survivor, Dwight dan Zarina. Manakala Oni pula anda mendapat skin yang membuatkan mereka kelihatan seperti Titan. Secara teknikal anda masih boleh menjadi Titan untuk membunuh survivor.
Reka bentuk skin watak juga diubah sedikit supaya kelihatan seperti watak Attack on Titan. Contohnya Dwight yang kelihatan seperti cosplay Eren, dan Zarina pula berpakaian seperti Hange. Oni pula akan kelihatan seperti Collosal Titan. Buat masa ini hanya itu sahaja yang telah didedahkan mengenai kolaborasi Dead by Daylight dengan Attack on Titan. Boleh nantikan trailernya nanti.
Bukan setakat itu sahaja, DBD juga akan mengadakan crossover Resident Evil untuk kali kedua yang dinamakan ProjectW. Untuk peminat RE, sudah tentu yang terlintas dalam fikiran ialah Wesker. Project Wesker merupakan projek yang diketuai oleh Oswell E. Spencer yang ingin menghasilkan manusia yang lebih hebat. Mungkin ramai yang inginkan Mr X dalam DBD tetapi kalau ada manusia super dalam game ini, mungkin pemain boleh dapatkan gameplay yang lebih unik pada masa akan datang.
Apapun, kita tunggu sahaja maklumat terbaru mengenai kesemua kolaborasi ini. Tidak sabar juga untuk lihat rupa Oni sebagai Collosal Titan nanti. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Dead by Daylight, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post