Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Developer Dying Light sedang bikin game Action-Fantasy RPG baharu!

safwan by safwan
May 18, 2022
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Open World, RPG
0 0
0
Developer Dying Light sedang bikin game Action-Fantasy RPG baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Techland mengumumkan bahawa mereka sedang membuka jawatan untuk meneruskan projek seterusnya yang bertemakan Open-World Action-Fantasy RPG.

Developer Dying Light dan Dying Light 2, Techland nampaknya mula bersiap sedia untuk projek seterusnya. Untuk memulakan pembangunan game ini, mesti mereka perlu menambah pekerja dan Techland telah mengiklankan senarai jawatan yang diperlukan.

Sebenarnya, ini kali kedua Techland mengiklankan tentang game baharu ini. Malah, pada Ogos tahun lepas, syarikat itu menjelaskan ia sedang mengusahakan game AAA Open-World baharu yang tidak terikat dengan francais Dying Light.

Menurut Twitter akaun rasmi @TechlandGames, mereka telah bersedia untuk mencari pekerja baharu dengan memberi satu pautan yang akan menunjukkan senarai jawatan yang dibuka. Kebanyakan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah untuk jabatan animasi, seni, design, development dan banyak lagi untuk dipenuhi oleh orang-orang yang berkemahiran.

Are you ready to begin a new, thrilling journey with Techland?
We are hiring for the unannounced AAA Open World Action-RPG in a fantasy setting!
Join us now! https://t.co/0yplHvELBW pic.twitter.com/MPZcv7p8iG

— Techland (@TechlandGames) May 17, 2022

Sementara itu, Techland nampaknya tidak mengalihkan pandangan dari Dying Light kerana mereka memberikan hadiah kepada peminat. Syarikat itu telah memberikan versi Dying Light enhanced secara percuma kepada mereka yang tidak pernah membeli DLC “The Following” dan kini boleh mengaksesnya tanpa caj tambahan.

Bercakap tentang “The Following”, syarikat itu masih mempunyai rancangan untuk melancarkan Techland Signature DLC seterusnya untuk Dying Light 2. Walau bagaimana pun, perkara ini tidak nampak begitu sempurna dengan syarikat masih meluangkan masa pada game sebelumnya dan game baharu yang semakin meningkat popularitinya. Baru-baru ini, syarikat itu telah menunda ketibaan DLC pertama.

Setakat ini, itu sahaja maklumat yang mereka dedahkan untuk game Action-Fantasy RPG baharu ini. Harapnya mereka akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenainya tidak lama lagi. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang game dan anime dari kami.

Tags: dying light 2techland
Previous Post

Dead by Daylight berkolaborasi dengan Attack on Titan untuk koleksi baru!

Next Post

Infinite Lagrange memperkenalkan Identity Agreement baru – Prospector dan Neutrals

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Infinite Lagrange memperkenalkan Identity Agreement baru – Prospector dan Neutrals

Infinite Lagrange memperkenalkan Identity Agreement baru - Prospector dan Neutrals

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd