Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games menawarkan tiga game percuma termasuk Prey, claim sekarang!

safwan by safwan
May 13, 2022 - Updated on May 25, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Percuma, PC, Sci-fi/ Thriller, Sukan/lumba
0 0
0
Epic Games menawarkan tiga game percuma termasuk Prey, claim sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap hari Jumaat, Epic Games Store akan mengemas kini barisan game percuma yang tersedia selama satu minggu. Biasanya, mereka akan menawarkan satu game tetapi untuk minggu ini, Epic memberi bukan satu, bukan dua tetapi tiga game percuma iaitu Redout: Enhanced Edition, Jotun: Valhalla Edition, dan Prey.

Mulai hari ini, 13 Mei hingga 19 Mei, korang boleh tebus semua game ini tanpa sebarang kos.

Redout: Enhanced Edition

Redout ialah game racing yang direka bentuk untuk mendapatkan pengalaman pemanduan tanpa kompromi, pantas, sukar dan memuaskan dalam genre racing arked.

Menurut Epic Games Store

Jotun: Valhalla Edition

Jotun ialah game action-exploration yang ditetapkan dalam mitologi Norse. Dalam Jotun, anda akan bermain sebagai Thora, seorang pahlawan Viking yang meninggal dunia secara memalukan dan mesti membuktikan dirinya kepada Dewa untuk memasuki Valhalla.

Menurut Epic Games Store

Prey

Dalam Prey, anda akan berada di atas Talos I, sebuah stesen angkasa yang mengorbit bulan pada tahun 2032. Anda adalah subjek utama eksperimen yang bertujuan untuk mengubah manusia selama-lamanya tetapi terdapat perkara yang tidak diingini berlaku dan membuatkan keadaan menjadi lebih rumit.

Menurut Epic Games Store

Jom, kami terangkan secara terperinci lagi tentang Prey. Ia adalah sebuah game FPS yang dibangunkan oleh Arkane Studios dan diterbitkan oleh Bethesda Softworks pada 2017 di PC dan PlayStation 4 serta Xbox One.

Game ini berlaku dalam garis masa futuristik di mana pemain akan bermain sebagai Morgan Yu dan meneroka stesen angkasa Talos I, di orbit sekitar Bumi–Bulan L2.

Terdapat kuasa asing yang terdiri daripada pelbagai bentuk yang menggunakan kuasa fizikal dan psikik seperti berubah bentuk menjadi klon mana-mana objek tidak bernyawa. Semasa Typhon melarikan diri dalam kurungan, pemain akan menggunakan pelbagai senjata dan kebolehan yang diperoleh daripada Typhon untuk mengelak daripada dibunuh semasa ingin melarikan diri dari stesen.

Pemain mendapat akses ke kawasan stesen dengan memperoleh item dan kebolehan yang membolehkan pemain meneroka stesen dalam persekitaran open world. Game ini menggabungkan elemen RPG, stealth dan Metroidvania dalam reka bentuknya.

Prey telah mendapat kritikan yang positif semasa dikeluarkan dan dianggap sebagai salah satu game terbaik 2017. Dua DLC telah dikeluarkan iaitu Mooncrash dan Typhon Hunt. Mooncrash adalah mode yang dijana secara rawak yang diilhamkan oleh pelbagai game seperti roguelike dan Mode Typhon Hunt adalah multiplayer yang menggabungkan kebolehan mengubah bentuk Typhon.

Prey_20170511220407

Bagi sesiapa yang berminat, jangan lupa untuk dapatkan game Redout: Enhanced Edition, Jotun: Valhalla Edition, dan Prey di Epic Games Store secara percuma. Untuk mendapatkan lebih banyak berita tentang game percuma, sila klik pautan ini.

Sumber: Epic Games Store

Download sekarang!
Prey
Epic Games Store
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jotun: Valhalla EditionPreyRedout: Enhanced Edition
Previous Post

Dead Space remake akan dilancarkan 27 Januari 2023 untuk PS5, Xbox Series dan PC

Next Post

Zenless Zone Zero dedahkan trailer baru, kini mencari peserta Beta Test!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Zenless Zone Zero dedahkan trailer baru,  kini mencari peserta Beta Test!

Zenless Zone Zero dedahkan trailer baru, kini mencari peserta Beta Test!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd