Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Avatar 2 mendedahkan teaser trailer dan poster baru selepas 13 tahun!

Maira by Maira
May 10, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Avatar 2 mendedahkan teaser trailer dan poster baru selepas 13 tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir 13 tahun menunggu, akhirnya teaser trailer Avatar 2: The Way of the Water telah pun dilepaskan secara rasmi dalam talian. Selepas bertahun-tahun dalam pembikinan, filem sekuel kepada filem blockbuster James Cameron pada tahun 2009 akan hadir ke pawagam pada Disember ini. Kalau anda ingin tahu, Cameron merupakan seorang pengarah yang terkenal dengan penghasilan filem hebat yang memanfaatkan teknologi terkini. Nampaknya, Avatar 2 juga akan membawa penonton ke dalam dunia bawah air Pandora yang unik serta indah.

Berikut adalah trailer teaser rasmi yang telah dilepaskan:

Gempak kan visual dalam trailer baru Avatar 2 ini! Memang tidak hairanlah mengapa filem ini mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Lautan Pandora yang mempesonakan nampak lebih menarik apabila berada di dalamnya. Persekitarannya yang subur dan meriah sudah pasti memberikan kepuasan hebat ketika menontonnya di pawagam. Tetapi tidak semuanya akan kekal aman, sudah tentu terdapat ancaman dan bahaya yang mendatang membawa kepada aksi hebat filem itu.

Avatar 2 trailer
Sumber: Avatar

Walaupun tidak penceritaan yang didedahkan dalam trailer tersebut, tetapi kita boleh lihat tema “keluarga” yang ingin disampaikan oleh Avatar 2. Harap-harap penceritaannya lebih kukuh daripada filem sebelumnya yang telah dikritik kerana penceritaan yang lemah. Sudah tentu, penonton juga akan lebih teruja untuk menontonnya nanti.

Filem Avatar 2: The Way of Water dijangka untuk hadir ke pawagam 14 Disember 2022. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Avatar 2Avatar: The Way of Water
Previous Post

ASUS memperbaharui barisan Zenbook 2022, kini sokong Intel Core 12th Gen & AMD Ryzen 6000

Next Post

The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth – Game RPG baharu untuk mobile

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth – Game RPG baharu untuk mobile

The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth - Game RPG baharu untuk mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd