Siri anime mecha popular, Gurren Lagann akan mendapat game mobile tersendiri tidak lama lagi! Ianya merupakan sebuah game kolaborasi antara Klab, Wanda Cinemas Games dan Aniplex Shanghai. Buat masa ini, game mobile Gurren Lagann ini akan dilancarkan dia Taiwan, Hong Kong dan Macau sahaja. Jadi, kalau ia mendapat sambutan tinggi, berkemungkinan besar peminat global juga dapat memainkannya pada masa hadapan.
Selain itu, trailer teaser rasmi untuk game ini juga telah didedahkan. anda boleh menontonnya di bawah.
Buat masa ini, game mobile Gurren Lagann sedang mencari pemain untuk menjadi penguji dalam ujian beta tertutup. Permohonan ini hanya terbuka selama 10 hari bermula 6 Mei sehingga 16 Mei 2022. Kalau anda berminat untuk mencubanya, bolehlah lawati laman web rasmi game untuk memohon. Untuk pengetahuan anda, hanya 1000 pemain sahaja yang akan dipilih dan terdapat ganjaran khas yang akan diberikan kepada yang terpilih.
Menurut penerangan pada laman web, game ini merupakan sebuah game strategi RPG yang mengikuti siri anime Gurren Lagann. Selain daripada itu, masih tiada maklumat lanjut mengenainya. Tarikh pelancaran rasmi juga masih belum didedahkan.

Kepada anda yang tidak mengenali siri mecha ini, ia merupakan siri anime aksi mecha yang mempunyak pelbagai aksi hebat, yang turut popular dengan drill yang gergasi. Siri ini tersedia di Netflix dengan 27 episod lengkap di platform tersebut.
Kalau anda ingin mengikuti perkembangan lanjut untuk game ini, anda boleh lawati halaman Facebook rasmi game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game mobile, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post