Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Disney Dreamlight Valley akan dilancarkan pada 2023 untuk pelbagai platform!

Maira by Maira
April 28, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Simulator, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Disney Dreamlight Valley akan dilancarkan pada 2023 untuk pelbagai platform!
Share on FacebookShare on Twitter

Gameloft telah mengumumkan game terbaru Disney bertajuk Disney Dreamlight Valley. Ia merupakan sebuah game simulasi yang percuma untuk dimainkan di pelbagai platform seperti PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, PC dan Mac. Untuk PC dan Mac, anda boleh dapatkannya melalui Steam, Epic Games Store, Microsoft Store dan Mac App Store.

Disney Dreamlight Valley akan tersedia pada tahun 2023. Akses awal game juga akan dikeluarkan secara eksklusif untuk pemain yang membeli Founder’s Pack atau Xbox Game Pass pada musim panas ini.

Tentang Disney Dreamlight Valley

Tiba di dunia impian Dreamlight Valley, pemain akan memulakan usaha untuk memulihkan sebuah perkampungan yang dahulunya indah tetapi kini sepi dan penuh dengan Night Thorn selepas peristiwa misteri yang dipanggil The Forgetting. Temui rahsia misteri yang membawa anda ke dunia baru ini dan terokai pelbagai alam yang diilhamkan oleh dunia klasik Disney dan Pixar, sambil membantu penduduk ikonik bandar itu memulihkan ingatan mereka yang hilang.

Pemain akan bertemu dan menjalinkan persahabatan dengan watak daripada Mickey & Friends, The Lion King, The Little Mermaid, Moana, Toy Story dan banyak lagi. Selami setiap cerita individu yang unik dan aktiviti bersama watak seperti menyediakan hidangan bertema Disney yang lazat bersama Remy dari Ratatouille di dalam restoran kampung anda sendiri, memancing dengan Goofy, atau menanam sayur-sayuran di taman Wall-E.

Pemain akan dapat membentuk perkampungan Disney dan Pixar impian mereka merentasi pelbagai biom unik, dari pergunungan bersalji di Frosted Heights ke Peaceful Meadow dan seterusnya—dengan pelbagai pilihan penyesuaian untuk avatar, rumah dan kampung mereka. Game ini akan menampilkan senarai gaun pesta yang diilhamkan oleh puteri Disney, pakaian seperti Mickey, reka bentuk dapur antik yang diinspirasikan daripada Frozen dan banyak lagi.

“Disney Dreamlight Valley akan memberi peluang kepada peminat kami untuk menulis cerita mereka sendiri dan membina kehidupan Disney dan Pixar ideal mereka dalam dunia yang dihuni dengan watak-watak daripada beberapa cerita paling ikonik Disney,” kata naib presiden Disney dan Pixar Games Luigi Priore dalam siaran akhbar. “Kami teruja untuk mendengar maklum balas daripada pemain kami sepanjang pembangunan tajuk ini sambil kami bekerjasama dengan pasukan berbakat di Gameloft untuk menghidupkan Disney Dreamlight Valley.”

Pengurus game Gameloft Montreal, Manea Castet menambah, “Pasukan pembangun kami ialah peminat besar Disney dan Pixar dan telah mencurahkan semua usaha kami ke dalam pembangunan Disney Dreamlight Valley, terutamanya dalam cara kami menggambarkan watak dan cerita mereka. Kami tidak sabar untuk peminat sertai akses awal pada musim panas ini dan membantu kami membawa dunia baru yang diilhamkan oleh Disney dan Pixar yang sentiasa berkembang kepada komuniti kami yang teruja.”

Anda boleh menonton trailer Disney Dreamlight Valley di bawah dan lawati laman web rasmi untuk maklumat lanjut mengenainya.

Sumber: Gematsu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: disneyDisney Dreamlight ValleyGameloftPixar
Previous Post

Echoes of Mana – Sekuel siri Mana kini boleh download di Android dan iOS

Next Post

Vampire: The Masquerade – Bloodhunt – Download di PS5 dan PC sekarang

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Vampire: The Masquerade – Bloodhunt – Download di PS5 dan PC sekarang

Vampire: The Masquerade – Bloodhunt - Download di PS5 dan PC sekarang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd