Bandai Namco berkongsi 14 screenshot baharu untuk game Open world Action Adventure, One Piece Odyssey di Jepun dengan setiap set direka untuk mempamerkan pengembaraan yang berbeza. Screenshot baharu yang dikongsi menunjukkan krew lanun Straw Hat, musuh baharu dan lokasi di sekitar Pulau Waffle. Itulah tempat di mana semua krew terkandas selepas Thousand Sunny tenggelam.
Bahagian pertama screenshot menampilkan watak seperti Luffy, Nami, Zoro, Robin, Sanji, Usopp, dan Chopper. Terdapat juga peta dengan tanda “X” padanya dan ianya kelihatan terbalik di atas kapal. Ini mungkin merujuk kepada Sunny yang tenggelam akibat ribut.
Selain itu, Bahagian kedua screenshot memfokuskan kepada musuh yang akan muncul dalam One Piece Odyssey. Daripada screenshot yang ditunjukkan terdapat beberapa watak baharu yang direka bentuk oleh pencipta One Piece itu sendiri, Eiichiro Oda.
Akhirnya, empat screenshot yang terakhir menunjukkan pengalaman pemain di dalam runtuhan Pulau Waffle. Ini kelihatan seperti ianya akan menjadi dungeon bawah tanah. Screenshot yang dikongsi menunjukkan beberapa hint teka-teki yang akan ditemui dalam One Piece Odyssey. Terdapat satu screenshot yang menunjukkan Luffy sedang mengawal peranti untuk membuka kunci pintu.

Kepada yang tidak tahu, One Piece Odyssey merupakan game JRPG yang dibangunkan oleh ILCA Inc. dan Bandai Namco Entertainment. Bukan setakat itu sahaja, muzik game ini akan dihasilkan oleh Motoi Sakuraba yang terkenal dengan siri Tales. Ianya akan dilancarkan ke beberapa platform seperti PS5, PS4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada 2022.
Berikut adalah sinopsis rasmi menurut Bandai Namco:
“Semasa sedang mengembara, krew Straw Hat yang diketuai oleh Monkey D. Luffy telah ditelan oleh ribut besar di laut. Mereka akhirnya terkandas di pulau misteri yang penuh dengan alam semula jadi di tengah-tengah ribut dan terpisah antara satu sama lain.
Kini, masing-masing memulakan perjalanan sendiri yang dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi, musuh yang kuat dan pertemuan aneh dengan penduduk tempatan pulau.”
“Bantu Luffy dan anak kapalnya untuk berlayar sekali lagi!”

Jadi, apa pendapat korang tentang screenshot One Piece Odyssey yang telah ditunjukkan oleh Bandai Namco ini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila klik pautan ini.
Sumber: Siliconera
@gamersantaimy
Discussion about this post