Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akses awal game AR, Peridot tersedia di Malaysia sekarang!

Maira by Maira
April 26, 2022
in Android, Artikel, Augmented reality (AR), Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Akses awal game AR, Peridot tersedia di Malaysia sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Game terbaru daripada pembangun Pokemon Go, Peridot telah melepaskan akses awal dan tersedia untuk dimainkan di Malaysia. Buat sementara ini, Peridot dilancarkan secara halus sebelum melepaskannya secara global. Ianya tersedia untuk android dan iOS.

Dua minggu yang lalu, Peridot telah didedahkan buat kali pertama. Ia merupakan sebuah game simulasi AR yang mempunyai persamaan seperti Tamagotchi, sememangnya berbeza daripada Pokemon GO. Game ini lebih kepada pemuliharaan kerana Peridot ini dianggap sebagai makhluk yang hampir pupus, dan kini terpulang kepada pemain atau Keeper untuk membantu Peridot ini untuk membiak semula.

Antara perkara yang akan pemain lalui ialah cara menjaga Peridot anda. Ia merupakan sesuatu yang sangat penting dalam game ini. Anda akan membelai Peridot anda seperti haiwan peliharaan, yang juga memberikan EXP dan “happiness” sepanjang membelanya. Itu merupakan ganjaran yang anda akan dapat sepanjang bermain.

Peridot ini sudah tentu memerlukan makanan untuk hidup. Jadi, untuk mencari makanan, anda mesti berikan makanan kepada mereka menggunakan bahan yang dikumpulkan dalam beg galas yang disediakan.

Selain itu, Peridot juga mempunyai tugas harian mereka, seperti berjalan, membelai dan memberi makan. Tugasan ini akan memberikan ganjaran bonus secara rawak kepada pemain. Anda juga boleh membeli item dari kedai dalam game seperti Seed Sprout untuk meningkatkan kadar pertumbuhan Peridot masing-masing.

Selepas Peridot mencecah usia deawasa, anda boleh membawanya ke Habitat. Ia hampir serupa dengan PokeStop dalam Pokemon GO. Di situlah Peridot akan mula membiak dengan Peridot yang lain. Peringatan juga, anda hanya boleh memiliki satu Peridot sahaja dalam satu masa. Jadi, anda akan melepaskan Peridot anda yang lama. Tetapi anda masih boleh menjejaki mereka menggunakan Summon Wisp, tetapi ia agak terhad seperti Poke Ball.

Buat sementara ini, Peridot hanya tersedia di Malaysia. Anda boleh pergi ke gedung aplikasi masing-masing untuk mula bermain. Selepas itu, bolehlah kongsikan pengalaman bermain anda bersama kami.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai mobile game daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: nianticPeridot
Previous Post

PS5 akan menambah ciri “VRR – Variable Refresh Rate” pada minggu ini

Next Post

Uncharted: Legacy of Thieves Collection PC akan keluar Jun 2022, Epic tanpa sengaja bocor

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Uncharted: Legacy of Thieves Collection PC akan keluar Jun 2022,  Epic tanpa sengaja bocor

Uncharted: Legacy of Thieves Collection PC akan keluar Jun 2022, Epic tanpa sengaja bocor

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd