Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Asterigos: Curse of the Stars – Game ARPG berdasarkan dunia mitos dan legenda

safwan by safwan
April 22, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Asterigos: Curse of the Stars – Game ARPG berdasarkan dunia mitos dan legenda
Share on FacebookShare on Twitter

Asterigos: Curse of the Stars ialah action RPG baharu yang dibangunkan oleh Acme Gamestudio dan diterbitkan oleh tinyBuild. Game ini akan dijadualkan untuk keluar pada pertengahan tahun ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox dan PC melalui Steam. Ia mempunyai visual menakjubkan dan berlaku dalam dunia fantasi yang diilhamkan oleh Greek & Rom.

Dengan penerokaan yang diilhamkan oleh “souls-like” action RPG dan pendekatan yang ringan serta fleksibel untuk bertempur, Asterigos: Curse of the Stars meletakkan korang di Kota Aphes yang dipenuhi raksasa. Korang boleh meneroka jalan, laluan tersembunyi dan struktur yang besar semasa bertempur dengan raksasa, iblis dan entiti seperti dewa. Korang perlu mendaki kemuncaknya dan melibatkan diri dalam dunia fantasi baharu yang mendebarkan ini.

Kepelbagaian adalah kunci untuk menang peperangan. Korang akan bermain sebagai Hilda, pahlawan muda yang berani dan akan menguasai pelbagai jenis senjata yang mempunyai gaya pertarungan tersendiri. Berikut adalah senjata yang korang boleh pakai seperti pedang dan perisai, pedang dua bilah, lembing, tukul, tongkat sakti dan gelang ajaib.

Korang dibenarkan membawa dua senjata dalam satu masa dan menukar senjata secara bebas dalam pertempuran. Setiap senjata menawarkan cabaran dan ganjaran yang tersendiri malah boleh menggunakan musuh untuk mengasah kemahiran.

Terdapat berpuluh-puluh jenis raksasa yang berbeza dan lebih daripada 20 pertempuran bos untuk korang hadapi demi menguji keberanian. Korang akan dicabar sebelum membongkar rahsia di Kota Aphes. Temui kebenaran di sebalik sumpahan melalui side quest, tinggalan dokumen dan diari lakaran, pemerhatian dan pemikiran Hilda sendiri.

Dengan visual yang menakjubkan, animasi sinematik dan pemandangan yang indah, Asterigos: Curse of the Stars merupakan hasil sebuah studio indie dengan menggunakan Unreal Engine 4. Game ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini di PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox.

Jika korang berminat nak bermain Asterigos: Curse of the Stars, boleh singgah di laman Steam game ini disini. Untuk lebih banyak berita menarik tentang game dan anime, sila klik pautan ini.

Tags: Asterigos: Curse of the Stars
Previous Post

Tajuk rasmi filem adaptasi Dungeons & Dragons telah didedahkan!

Next Post

Project Kavvaii perkenal dua Vtuber baharu – Airi Gwynevere & Mikazuki Mai!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Project Kavvaii perkenal dua Vtuber baharu – Airi Gwynevere & Mikazuki Mai!

Project Kavvaii perkenal dua Vtuber baharu - Airi Gwynevere & Mikazuki Mai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd