Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelukis dikritik kerana gambar edit watak Spy x Family berkulit gelap

Maira by Maira
April 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Pelukis dikritik kerana gambar edit watak Spy x Family berkulit gelap
Share on FacebookShare on Twitter

Komuniti anime memang penuh dengan macam-macam kerenah yang anda akan jumpa di media sosial. Baru-baru ini, seorang pelukis telah dikritik kerana menghasilkan edit untuk watak dalam siri Spy x Family, Anya. Siri tersebut yang kini hangat diperkatakan dalam komuniti anime, jadi memang tidak pelik mengapa ramai yang tidak berpuas hati dengan edit yang dihasilkan pelukis tersebut.

Melalui Twitter pelukis, SoulKingLives, sudah lama menghasilkan edit untuk watak-watak anime tetapi kini edit terbarunya, telah mendapat perhatian ramai peminat anime. Bukan setakat itu sahaja, ramai juga yang memberikan komen berbaur rasis pada tweet pelukis itu.

Spy x Family pic.twitter.com/0VaRrt65jG

— Soul King (@SoulKingLives) April 17, 2022

Sejak episod pertama anime itu ditayangkan, ramai peminat nampaknya ramai yang meminati Anya. Bayangkan berapa ramai yang mencari “fanart” Anya dan terjumpa edit SoulKingLives. Dari situ, pelbagai reaksi diberikan pada hasil edit Anya tersebut. Ada yang suka pada watak edit tersebut kerana kelihatan menarik. Tetapi ada juga yang tidak menyukainya malah memberikan komen rasis pada tweet itu. Antara komen tersebut berbunyi seperti berikut:

“Jangan cuba betulkan hasil karya orang lain.”

“Bukankah ini blackwashing ?”

“Kamu lupa untuk photoshop bapanya daripada gambar.”

“Tidak realistik. Perlu ke benda sebegini. Saya tidak kisah warna apa yang kamu tukar, ianya nampak pelik.”

Spy x Family 2/3 pic.twitter.com/zTKslNailR

— Soul King (@SoulKingLives) April 19, 2022

Memang panjang lebar jugalah komen yang ditinggalkan pada tweet gambar tersebut. Ini tidak termasuk dengan quote retweet. Dua kali lima sahaja. Tapi nampaknya pelukis itu tidaklah begitu terkesan dengan komen tersebut. Dia siap pin lukisan tersebut pada profilnya. Bukan setakat itu sahaja, dia juga ada mengedit Loid Forger juga. Jadi, berkemungkinan besar dia sedang edit untuk watak Yor Forger pula untuk lengkap keluarga siri Spy x Family itu.

Apapun, sikap toksik sebegini memang tidak akan hilang dalam mana-mana komuniti, tidak kiralah gaming atau anime dan manga. Lebih-lebih lagi dalam komuniti yang lebih popular. Susah juga kalau puaskan hati semua orang. Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini? Boleh kongsikan pendapat di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: editfanartSpy x Family
Previous Post

Just Cause: Mobile kini tersedia untuk download di Malaysia

Next Post

Game baharu Star Wars akan diketuai oleh pengarah Uncharted

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Game baharu Star Wars akan diketuai oleh pengarah Uncharted

Game baharu Star Wars akan diketuai oleh pengarah Uncharted

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd