Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] MLB The Show 22 – Umpama update daripada game baharu

safwan by safwan
April 25, 2022
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] MLB The Show 22 – Umpama update daripada game baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap game sukan mempunyai gameplay yang sama dan hanya mempunyai update mekanik untuk membuatkan game itu lebih seronok. Dalam MLB The Show 22, tidak banyak perubahan yang dilakukan, lagi-lagi gameplay yang seakan sama.

Pada tahun lepas, MLB The Show 21 telah dikeluarkan hampir kesemua platform termasuk konsol next-gen. Kali ini, mereka menambah lagi satu platform iaitu Nintendo Switch untuk meramaikan lagi peminat mereka. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan!

Gameplay

Game ini telah dikeluarkan untuk Nintendo Switch bersama dengan fungsi Crossplay dan Cross Save yang sebelum ini telah ditambah dalam MLB The Show 21 semasa ia mula-mula dikeluarkan pada Xbox.

MLB the Show 22

Semasa saya memulakan game, terdapat tetapan untuk dipilih seperti cara membaling, memukul, menangkap bola dan lain-lain. Tetapan ini boleh dikatakan sebagai “beginner friendly” dan merupakan ciri-ciri yang bagus kerana pemain baharu tidak akan menyedari bahawa mereka boleh tetapkan beberapa bahagian untuk dikawal oleh AI. Custom Practice membolehkan korang berlatih dengan lebih fokus pada bahagian-bahagian tertentu dan ianya lebih terperinci jika nak dibandingkan dengan siri yang lepas.

MLB the Show 22

Mode yang boleh dimainkan adalah sama seperti siri yang lepas termasuk Road to The Show, “March to October”, Diamond Dynasty, Franchise dan banyak lagi. Kebanyakan mode ini telah ditambah baik, seperti Road To The Show yang akhirnya memberikan korang pilihan untuk membawa sehingga 10 pemain. Untuk mode March hingga October, mereka membenarkan korang bermain banyak season. Penambahbaikan yang ditunjukkan adalah sangat positif walaupun ianya bukan mode yang utama. 

MLB the Show 22

Stadium Creator membolehkan korang ubah suai stadium mengikut cita rasa. Terdapat banyak templat dan bahan untuk dicuba ketika korang membuat pengubahsuaian. Malangnya, Stadium Creator tidak tersedia untuk platform Nintendo Switch. 

Multiplayer

MLB the Show 22

Ini adalah penambahan terbesar untuk MLB The Show 2022, di mana korang boleh bermain dengan kawan-kawan sebagai pemain yang berbeza dalam mod 2v2 dan 3v3.

Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah dalam mode multiplayer ini. Masalah yang perlu dihadapi adalah tidak boleh buat room untuk mencabar kawan korang dan hanya boleh bermain bersama pemain lain secara rawak. Dalam mode ini, korang hanya boleh membentuk pasukan bersama kawan dan bukanya musuh.

Visual & prestasi yang baik

MLB the Show 22

Pada saya, grafik yang ditampilkan dalam game ini adalah baik tetapi ianya tidak mempunyai apa-apa perubahan jika nak dibandingkan dengan MLB The Show 21. Penampilan untuk setiap watak boleh dikenal pasti walaupun ianya terasa seperti ketinggalan zaman. Namun, persekitaran seperti rumput dan stadium kelihatan hebat.

MLB the Show 22

Bahagian yang paling menarik dalam game ini adalah ulasan yang disampaikan oleh penganalisis, pengulas dan personaliti besbol sebenar. Inilah yang membezakan MLB dengan game sukan yang lain. Dengan ciri-ciri ini, saya terasa seolah-olah bermain sukan sebenar walaupun pada hakikatnya saya sedang bermain game di hadapan TV.

Game ini sememangnya berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah semasa saya bermain di PS5 begitu juga dengan ciri-ciri DualSense pada game ini yang tidak mempunyai apa-apa perubahan.

Kesimpulan

MLB the Show 22

MLB The Show 22 masih merupakan salah satu game besbol terbaik setakat ini dan seronok untuk dimainkan. Sudah tentu, ianya masih game besbol yang menakjubkan, tetapi bagi saya ia lebih seperti update baharu daripada game baharu.

Secara peribadi, saya rasa tidak berbaloi untuk mendapatkannya jika korang sudah mempunyai MLB The Show 21 melainkan korang adalah seorang peminat besbol yang tegar. Tetapi jika korang baru dalam besbol atau ingin mencuba game sukan baharu, MLB The Show 22 adalah game yang korang patut cuba.

The Review

MLB The Show 22

8 Score

PROS

  • Game besbol yang seronok
  • Beginner friendly
  • Penambah baikkan yang positif

CONS

  • Multiplayer co-op yang kurang menarik
  • Grafik pada watak pemain besbol

Review Breakdown

  • Kepada yang suka game sukan, saya memang recommend game ini kepada anda! 0
Tags: MLB The Show 22
Previous Post

Koleksi UT Final Fantasy mula dijual pada RM 59.90 di semua cawangan UNIQLO MY

Next Post

“Selamat tinggal Kagura” – Seorang lagi watak mati dalam Boruto

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
“Selamat tinggal Kagura” – Seorang lagi watak mati dalam Boruto

"Selamat tinggal Kagura" - Seorang lagi watak mati dalam Boruto

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd