Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shin Ultraman pamerkan Ultraman & Kaiju sedang beraksi dalam treler pertama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Tokusatsu
0 0
0
Shin Ultraman pamerkan Ultraman & Kaiju sedang beraksi dalam treler pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Treler terbaru untuk filem reboot tokusatsu terbaru, Shin Ultraman, akhirnya didedahkan dan kalau dilihat, banyak bertumpu pada drama-drama hal manusia. Nasib baiklah ada juga beberapa babak-babak pendek yang menunjukkan Kaiju terbaru dan Ultraman sedang beraksi.

Secara lebih khusus, treler ini menunjukkan Ultraman berubah dan keluar daripada rekahan tanah lalu menggunakan serangan ikonik Ultra Beam. Bersamanya, treler itu juga memaparkan lagu tema filem, “M87,” yang dipersembahkan oleh penyanyi/penulis lagu Kenshi Yonezu dari Jepun.

Melalui treler yang sama, Shin Ultraman dijangka akan ditayangkan di Jepun pada 13 Mei tetapi buat peminat Ultra di Malaysia, maklumat tentang tayangan antarabangsa masih belum diumumkan.

Filem Shin Ultraman diarahkan oleh Shinji Higuchi, yang sebelum ini mengarah bersama Shin Godzilla (2017) dan telah bekerja dalam kedua-dua industri anime dan tokusatsu selama beberapa dekad. Sebelum ini, beliau pernah mengerjakan anime seperti Wings of Honneamise, The End of Evangelion dan Kill La Kill. Di samping itu, Higuchi ialah rakan yang rapat kepada Hideaki Anno – pencipta Neon Genesis Evangelion – yang menulis skrip untuk filem Shin Ultraman.

Takumi Saitoh, yang sebelum ini membintangi filem aksi langsung Ace Attorney, akan berlakon dalam filem ini sebagai Shinji Kaminaga, individu yang akhirnya akan dikenali sebagai Ultraman.

Filem ini akan menjadi entri kedua dalam siri “Shin” oleh Higuchi dan Anno, yang bermula dengan Shin Godzilla dan akan diteruskan dengan Shin Kamen Rider 2023. Shin Kamen Rider pula diarahkan oleh Anno, dan merupakan reboot penuh kepada rancangan tokusatsu popular oleh Toei.

Selepas penamat siri Evangelion dengan tayangan Evangelion 3.0 +1.01: Thrice Upon a Time pada tahun 2021, Anno meluahkan hasratnya untuk beralih daripada animasi dan bekerja secara eksklusif pada projek aksi langsung, seperti Shin Ultraman dan Shin Kamen Rider.

Selain daripada filem, wira Ultra kita juga sibuk di bahagian lain dengan tayangan anime Ultraman Season 2, yang dikeluarkan secara eksklusif di Netflix pada bulan ini. Siri animasi CG ini dibuat berdasarkan manga dengan nama yang sama (2011) yang ditulis oleh Eiichi Shimizu dan dilukis oleh Tomohiro Shimoguchi.

Untuk segala liputan kami tentang Ultraman, sila tekan pautan ini.

​​Sunber: YouTube

Tags: filemShin UltramanTokusatsu
Previous Post

Genshin Impact kolaborasi dengan Tealive Malaysia, dapatkan hadiah istimewa di lebih 80 cawangan!

Next Post

Naruto: Ultimate Ninja Storm 5 dalam pembangunan menurut kata orang dalam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Naruto: Ultimate Ninja Storm 5 dalam pembangunan menurut kata orang dalam

Naruto: Ultimate Ninja Storm 5 dalam pembangunan menurut kata orang dalam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd