Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingston FURY melancarkan RAM DDR5 baru berjenama Impact – harga bermula RM330+

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2022
in Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
Kingston FURY melancarkan RAM DDR5 baru berjenama Impact – harga bermula RM330+
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston FURY, divisi gaming di bawah Kingston Technology, telah mengumumkan pelancaran RAM DDR5 (SODIMM) baru. Bagi gamer atau PC builder yang mahukan prestasi terkini untuk laptop, ini adalah pilihan yang sangat solid.

Kingston FURY Impact DDR5 adalah 50% lebih pantas daripada DDR4, manakala penggunaan kuasa yang rendah dan peningkatan kecekapan memastikan sistem anda sejuk pada 1.1V. Tersedia dalam kapasiti kit SODIMM Intel® XMP 3.0 sehingga 64GB, Kingston FURY Impact DDR5 mengumpul semua ciri DDR5 ke dalam faktor bentuk yang tipis dan padat.

Dengan teknologi overclocking Plug N Play dan on-die ECC (ciri yang boleh diaktifkan untuk kelajuan yang lebih tinggi), ia secara automatik menyokong 4800MT/s 2 pada latensi yang lebih rendah daripada DDR5-4800 standard – lantas meningkatkan prestasi sistem tanpa perlu mendayakan profil dan mengekalkan integriti data sambil mencapai kelajuan yang lebih tinggi.

Ciri dan Spesifikasi Kingston FURY Impact DDR5

  • Prestasi DDR5 SODIMM: 50% lebih pantas daripada DDR4 untuk peningkatan dalam gaming, rendering dan
  • multitasking.
  • Fungsi Plug N Play Automatic Overclocking: Kingston FURY Impact DDR5 secara automatik dapat overclock ke kelajuan tersenarai tertinggi.
  • Intel® XMP 3.0 Certified: Maksimumkan prestasi memori dengan ‘timing’ pra-optimum, kelajuan
  • dan voltan untuk overclocking.
  • Penggunaan Kuasa yang Lebih Rendah, Peningkatan Kecekapan: Pastikan sistem anda sejuk dan cekap dengan kuasa 1.1V.
  • Peningkatan Kestabilan dengan On-Die ECC: Mengekalkan integriti data sambil mencapai kelajuan overclocking.
  • Kapasiti:
    • Single: 8GB, 16GB, 32GB
    • Kit x2: 16GB, 32GB, 64GB
  • Frekuensi: 4800 MT/s
  • Latensi: CL38
  • Voltan: 1.1V
  • Suhu Operasi: 0°C hingga 85°C
  • Dimensi: 69.6mm x 30mm

RAM Kingston FURY Impact DDR5 tersedia dalam modul single sehingga 32GB dan kit x2 hingga 64GB serta disokong oleh waranti seumur hidup (terhad). Boleh didapati pada harga bermula RM 336, korang boleh beli ram ini melalui Shopee atau Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila lawati kingston.com/gaming.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DDR5Kingston Fury
Previous Post

Preview – Kad ‘Buy Your Silence’ dari MtG

Next Post

Eiyuden Chronicle: Rising akan dilancarkan pada 10 Mei di semua platform!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Eiyuden Chronicle: Rising akan dilancarkan pada 10 Mei di semua platform!

Eiyuden Chronicle: Rising akan dilancarkan pada 10 Mei di semua platform!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd