Bukanlah perkara baru bagi cheat dan hack yang menjadi masalah besar dalam game Apex Legends. Malah, akhir-akhir ini ramai sudah biasa terserempak dengan mereka yang menggunakannya. Terkini, streamer dan partner Twitch bernama MOBADOS telah pun kena banned sebab menggunakan cheat game ketika tengah livestream game tersebut! Bayangkan, berapa ramai yang sedang menonton pada waktu itu pun terkejut sebab dia berani berbuat demikian.
https://www.youtube.com/watch?v=WxrpSwrwuA4
Video yang tersebar luas di Internet itu menampakkan yang senjata Prowler digunakan dia tiada recoil dan juga menggunakan aimlock! Menerusi subreddit LivestreamFails, MOBADOS menggunakan perisian third-party yang membantu dia untuk bermain game tersebut. Bukan itu saja, komen-komen di bawah post Reddit itu juga mengatakan yang ini bukan kali pertama dia guna cheat, sebelum-sebelum ini juga dia pernah buat! Yang tidak tahu term untuk in-game cheat:
Aimlock – Perisian yang track gerakan pemain
No Recoil – Ketiadaan recoil apabila menembak guna senjata tersebut (pemain boleh tembak straight sepenuhnya).

Buat masa ini, dia masih belum membuat apa-apa statement mengenai hal ini, tetapi dah banyak orang tag dia Twitter untuk mendapatkan penjelasan. Dah banyak kali kita ternampak pasal cheat dan hack dalam Apex Legends. Macam minggu lepas, kami ada post mengenai seorang Pro Player Apex yang telah pun dibuang dari pasukan professional dia! Nampaknya, Respawn perlu mengambil tindakan yang lebih tegas dalam membanteras kesemua hackers dan cheaters ni! In-game report juga dijangka akan dibuat oleh Respawn supaya pemain senang untuk report pemain seperti ini.
Sumber: LivestreamFails
@gamersantaimy
Discussion about this post