Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Malaysia membuka pre-order PS5 bagi April 2022! Jangan lepaskan peluang!

Maira by Maira
April 7, 2022 - Updated on September 15, 2022
in Artikel, Berita, Konsol, Produk, PS5
0 0
0
Sony Malaysia membuka pre-order PS5 bagi April 2022! Jangan lepaskan peluang!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Store Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan membuka pre-order konsol PS5 untuk April 2022. Anda boleh pra-tempah konsol tersebut bermula 7 April 2022 mengikut jumlah stok sedia ada. Tetapi tiada masa tetap bila konsol tersebut akan tersedia untuk pra-tempah dinyatakan dalam post terbaru tersebut.

Sony Centre Mid Valley juga sekali lagi membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib untuk memiliki konsol PS5 pada bulan April. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 7 April sehingga 9 April pada jam 2pm.

Untuk pre-order kali ini, kedua-dua versi tersedia untuk anda pilih dengan tambahan sehingga dua controller DualSense. Harganya juga sudah semestinya dijual dengan harga pasaran bermula daripada RM 1869 untuk versi digital dan RM 2299 untuk PS5 versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:

Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia pada April 2022 untuk anda tambah pada pre-order PS5, contohnya Horizon Forbidden West, Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Gran Turismo 7 dan lain-lain. Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.

Mereka yang bernasib baik untuk mendapatkan konsol PS5 ini, akan dihubungi oleh pihak Sony Centre Mid Valley seawal 11 April 2022. Jika anda tidak mendapat sebarang panggilan, anda perlu tunggu pra-pesanan pada bulan yang seterusnya. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini jangan lupa untuk mengisi borang daripada Sony Centre Mid Valley untuk bulan April. Mungkin anda antara yang bertuah untuk memiliki PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaPre order PS5ps5SONY Malaysia
Previous Post

Ubisoft bikin game Ghost Recon baru, terpaksa tamatkan servis Breakpoint

Next Post

Mobile Legends MSC 2022 akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia buat julung kalinya

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Mobile Legends MSC 2022 akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia buat julung kalinya

Mobile Legends MSC 2022 akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia buat julung kalinya

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd