Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Senarai watak yang boleh menggunakan Devil Union

safwan by safwan
April 6, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Black Clover – Senarai watak yang boleh menggunakan Devil Union
Share on FacebookShare on Twitter

Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda, senarai watak yang boleh menggunakan Devil Union dalam Anime Black Clover. Seperti yang anda tahu, terdapat 6 watak yang boleh menggunakan devil union buat masa sekarang. Jadi di sini, kami bukan sahaja nak menyenaraikan watak-watak tersebut, tetapi kami ingin memberi segala butiran yang boleh didapati dalam manga Black Clover ini.

1. Asta – Clover Kingdom

Sebagai pemegang “five leaf clover” grimoire yang mempunyai Anti Magic devil didalamnya, Asta mempunyai hubungan yang rapat dengan devil yang bernama Liebe. Dengan menggunakan grimoire itu, dia mendapat akses kuasa devil iaitu anti-magik dengan menggunakan pedang-pedang yang kumpul.

Sebelum Asta dapat menggunakan devil union, dia ada buat perjanjian bersama Liebe di mana dia sanggup mengorbankan tangan kanannya untuk mendapatkan kuasa yang lebih kuat. Dengan kuasa baru yang Asta dapat, dia dapat meningkatkan kuasa yang boleh membuatkan dia tidak terkesan dengan kuasa Graviti Singularity yang digunakan oleh Dante.

Namun pada waktu itu, Asta hanya boleh menggunakan kuasa Liebe selama 50 saat sahaja dan Asta menggunakan masa itu sepenuhnya dengan mengalahkan Dante.

Selepas Asta berjumpa dengan Natch iaitu Vice Captain kepada Black Bull, Natch menyarankan Asta untuk membuat Devil-Binding-Ritual. Dengan membuat ritual tersebut, Asta dapat bertemu dengan Liebe secara bersemuka dan mengalahkan Liebe lalu membuat kontrak bersamanya.

Mulai daripada saat itu, mereka boleh menggunakan devil Union form tetapi masih tidak sempurna dan hanya boleh bertahan selama 5 minit. Jika bintang yang berada didadanya itu menjadi bulat sepenuhnya, maka tamatlah masa devil union mereka.

2. Nacht – Clover Kingdom

Nacht boleh menggunakan Devil Union dengan gabungan daripada empat devil iaitu, Gimodelo, Slotos, Plumede dan Walgner. Magik originalnya adalah Shadow Magic yang membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam sekelip mata. Selain itu, dia juga boleh menggunakan magiknya untuk melumpuhkan pergerakan musuh apabila musuh menapak ke dalam bayang-bayangnya.

Dia menggunakan empat relic yang berkaitan dengan devil untuk memanggil mereka ke dunia dengan masa yang sekejap dalam bentuk bertopeng yang besar mahupun kecil. Dia mempunyai mod devil union yang berbeza dan memberikan magik dan kebolehan yang berbeza untuk digunakan. Mod itu adalah Canis, Equus, Felis, Gallus, Gallus & Felis, Canis & Equus dan Canis & Felis.

3. Dante – Dark Triad

Sebagai ahli Dark Triad, Dante menjadi hos kepada devil yang berpangkat tinggi iaitu Lucifero. Dante mempunyai kuasa Body Magic, di mana dia boleh manipulasi badannya dan membolehkan dia pulih dengan cepat. Dengan adanya Lucifero, dia juga boleh menggunakan kuasa magik devil iaitu Gravity Magic. Kuasa magik ini boleh manipulasi graviti yang membolehkan Dante menghempas sesuatu ke tanah dengan sangat kuat.

Dante boleh menggunakan sehingga 80% kuasa devil dan 100% apabila pintu masuk pertama ke Underworld dibuka. Dengan 50% kuasa Lucifero, Dante boleh “distort” ruang untuk mempertahankan dirinya daripada serangan. Pada kuasa Lucifero 80%, Dante boleh menggunakan Gravity Singularity, yang mampu memusnahkan gunung.

4. Vanica – Dark Triad

Vanica menjadi hos kepada Megicula iaitu devil yang berpangkat tertinggi seperti Lucifero. Dia mempunyai Blood Magic yang boleh manipulasi dan menghasilkan darah. Dia juga dapat menggunakan kuasa devil-nya iaitu Curse-Warding Magic dimana kuasa magik ini boleh mencipta sumpahan yang bahaya untuk menghalang musuh dan sumpahan yang boleh meningkatkan keupayaan askar-askarnya.

Selain itu, dia boleh menggunakan sehingga 70% kuasa devil dan selepas pintu masuk pertama Underworld terbuka, dia boleh mengakses 100%. Megicula mempunyai kuasa sihir yang lebih hebat daripada Zagred dan lebih kuat daripada kapten Kerajaan Clover dan ahli-ahli Elf Tribe.

5. Zenon – Dark Triad

Beelzebub adalah devil yang digunakan oleh Zenon untuk memperolehi kuasa yang lebih kuat. Zenon mempunyai kuasa Bone Magic dimana dia boleh menghasilkan dan manipulasi tulang badannya. Dia juga dapat menggunakan kuasa devil-nya iaitu Spatial Magic yang membolehkannya memanipulasi ruang.

Di samping itu, dia boleh menggunakan sehingga 80% kuasa devil-nya dan selepas pintu masuk pertama Underworld terbuka, Zenon dapat mengakses 100%. Dengan 55% kuasa devil-nya, Zenon dengan mudah mengalahkan naib kapten Golden Dawn iaitu Yuno.

6. Moris – Diamond Kingdom

Selepas menyertai Spade Kingdom, Moris menjadi hos bagi devil iaitu Lucifero yang memberikannya kuasa yang lebih kuat. Lucifero memilih Moris sebagai pengganti Dante yang telah dikalahkan oleh Magna dengan bantuan Zora. Moris mempunyai kuasa Modification Magic yang membolehkan dia mengubah struktur fizikal dan objek magik. Dia juga boleh menggunakan kuasa Lucifero iaitu Gravity Magic.

Jadi apa pendapat korang tentang Devil Union dalam Black Clover? Boleh tinggalkan pendapat korang di ruang komen. Untuk lebih banyak berita menarik tenang Black Clover, sila klik pautan ini.

Sumber: Shueisha

Tags: Black Clover
Previous Post

One Piece: Joy boy berasal daripada Raja Jawa menurut teori Indonesia

Next Post

Episod baru ONE PIECE dan DIGIMON akan ditayangkan minggu depan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Episod baru ONE PIECE dan DIGIMON akan ditayangkan minggu depan!

Episod baru ONE PIECE dan DIGIMON akan ditayangkan minggu depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd