Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview Triangle Strategy – Penamat sebenar adalah “Serenoa Ending”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2022
in Artikel, Berita, Industri, Nintendo Switch, Real time strategy, Temuramah
0 0
0
Interview Triangle Strategy – Penamat sebenar adalah “Serenoa Ending”
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir sebulan dalam pasaran, pelancaran game Triangle Strategy bermula dengan sangat baik di mana ia memperoleh banyak pujian dari para pengkritik dan pemain dari seluruh dunia. Eksklusif di platform Switch, Triangle Strategy dipuji kerana mengambil idea-idea terbaik dari genre RPG 2D lalu menggabungkannya menjadi “masterpiece”.

‘Managing Editor’ kami – Sean Lim – berjaya mendapatkan interview secara emel bersama produser Yasuaki Arai untuk mengetahui lebih lanjut tentang idea dan proses pembangunan di sebalik Triangle Strategy. Tanpa melengahkan masa, berikut adalah butiran dari interview:

Yasuaki Arai

Memandangkan anda peminat setia Final Fantasy Tactics & Tactics Ogre, anda pasti telah mengalami ‘job system’ dalam kedua-dua game. Apakah falsafah di sebalik ‘job’/kelas linear yang boleh dinaik taraf dalam game ini?

Arai: Kami mengadakan banyak perbincangan lama dengan Artdink yang berkeras ingin mengunci keupayaan abiliti untuk setiap unit, walaupun sudah mencuba job system dalam judul lalu. Sebabnya ialah konsep untuk membenarkan pemain mencuba apa-apa peranan kerja adalah sistem yang sukar untuk dilaksanakan, terutamanya apabila judul itu dilihat sebagai game taktik moden. Kami juga bimbang bahawa organisasi dan peralatan yang diperlukan untuk ia berfungsi akan mengecilkan lagi keperluan game itu untuk berstrategi.

Kami juga ingin membezakan masa apabila rakan-rakan akan menyertai jalan cerita, bergantung pada parameter ‘Conviction’. Oleh itu, kami memastikan telah mentakrifkan dengan jelas peranan bagi setiap watak. Dengan menetapkan peranan, ini menjadikan pendekatan strategik yang unik untuk setiap pemain. Kami juga sebelum ini percaya bahawa ia sukar untuk melaraskan keseimbangan pertempuran, tetapi developer telah membuat pembaikan yang bagus.

Selain itu, tugas dan peranan yang ditetapkan telah menyumbang lebih banyak intipati dan makna kepada latar belakang dan dialog watak. Ini seterusnya melahirkan dialog ikonik, seperti “Geela, she needs a healer!”.

Terdapat 30 playable character dalam game dan kesemuanya adalah unik. Bolehkah anda menjelaskan apakah idea semasa mencipta setiap watak dan apakah cabaran untuk membezakan mereka antara satu sama lain untuk menjadikan setiap satu berasa unik?

Arai: Selepas memutuskan empat watak utama, kami kemudian memikirkan tentang pembantu mereka lalu membahagikan prestasi unit kepada tank, healer, bow dan debuff. Tujuh watak yang mengambil bahagian dalam undian”Scales of Conviction” adalah unit utama yang boleh dimainkan, jadi kami bercadang untuk menjadikan rakan-rakan seperjuangan dari jalan cerita menjadi unit yang kuat dengan kepakaran yang berbeza.

Bagi ‘challenges’, kami terutamanya bergelut pada tiga watak dengan parameter ‘belief’ tertinggi iaitu, Quahod, Decimal dan Giovanna. Walau bagaimanapun, kami rasa mereka akhirnya memang hebat sebagai unit yang unik.

Jalan cerita mungkin bercabang secara drastik, tetapi akhirnya ia akan berakhir dalam situasi yang sama kecuali penamat. Apakah sebab di sebalik reka bentuk penceritaan ini?

Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa kami atasi semasa menyusun plot, tetapi akhirnya, kami mengambil pendekatan yang telah diputuskan oleh Encik Asano dengan pasukan pembangunan. Kami kemudian berusaha untuk menetapkan konsep game dan menghasilkan pelbagai penamat– termasuk pengakhiran “spot on”.

Tiga watak utama telah dipilih bagi pengakhiran-pengakhiran ini, yang semuanya agak sedih. Kami membuat pengakhiran ini kerana mahu khalayak untuk memahami watak. Seterusnya, kami jangkakan bahawa pemain akan akan mencuba berkali-kali untuk mengalami pengakhiran berbeza, jadi kami membuat pengakhiran “spot on” yang mempamerkan hasil yang tidak ada kaitan dengan sebarang perasaan sedih.

Walau bagaimanapun, ia penting untuk tahu bahawa kami tidak menganggap pengakhiran itu sebagai “true atau right ending” – atau apa yang kami panggil, pengakhiran “Serenoa”. Kami berharap setiap pengguna akan mencapai penamat yang terbukti dapat memuaskan pengalaman mereka.


Maka, tamatlah interview kami produser Yasuaki Arai berkenaan pembikinan Triangle Strategy! Saya berharap jawapan beliau dapat membantu sesiapa yang ingin tahu tentang game, lagi-lagi bahagian pengakhiran.

Untuk sesiapa yang berminat, Triangle Strategy kini tersedia secara eksklusif di Nintendo Switch. Jika ragu-ragu tentang game ini, korang boleh baca review kami untuk maklumat tambahan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviewTriangle Strategy
Previous Post

[Review] Relayer – Misi menyelamatkan populasi manusia

Next Post

Senarai PLOT TWIST hebat yang berlaku dalam sejarah anime!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Senarai PLOT TWIST hebat yang berlaku dalam sejarah anime!

Senarai PLOT TWIST hebat yang berlaku dalam sejarah anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd