Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem muzikal Goat Simulator rasmi dalam pembikinan oleh Steve-O

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem muzikal Goat Simulator rasmi dalam pembikinan oleh Steve-O
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon terkenal Steve-O (Jackass) dan Coffee Stain Studios telah bekerjasama untuk mencipta filem Goat Simulator: The Musical Motion Picture. Berdasarkan game Goat Simulator yang berjaya memikat hati semua orang dari seluruh dunia, filem muzikal Goat Simulator akan meneruskan kisah protagonis yang bernama ‘Pilgor’ ketika ia meninggalkan ladang untuk mengejar kemasyhuran.

https://www.youtube.com/watch?v=Hr0ACpcUq5Y

Berikut adalah sinopsis bagi Goat Simulator: The Musical Motion Picture:

Seekor kambing bernama Pilgor bekerja di ladang tetapi bermimpi untuk menjadi bintang filem muzikal terkenal. Walau bagaimanapun, sejak kecil, ia dilanda oleh ‘sumpahan’ yang menyebabkan peristiwa rawak dan tidak dapat dijelaskan berlaku di mana sahaja ia pergi. Dipulaukan oleh haiwan lain selepas menyebabkan terlalu banyak kemalangan di ladang, Pilgor akhirnya menuju ke bandar untuk mengejar kemasyhuran.

Adakah personaliti, bakat dan senyuman Pilgor cukup untuk meyakinkan Hollywood dan memberi dia peluang untuk menyertai barisan A-List dalam industri? Adakah Pilgor akan mengatasi ‘sumpahan’ itu? Atau adakah pengembaraan aneh bersama rakan-rakan baharu akan membantu Pilgor menemui ‘bintang sebenar’ di dalam dirinya?”

Steve-O dan Coffee Stain Publishing serta Coffee Stain North kini sedang mengadakan “open casting” untuk sesiapa yang berani menonjolkan diri dan berminat untuk menjadi pelakon. Saya tidak pasti jika orang luar negara boleh cuba, tetapi apa salahnya cuba.

Sesiapa yang berminat boleh menyerahkan persembahan skrip uji bakat mereka di TikTok dengan #GoatSimMovie dan @GoatSimulatorGame. Butiran lanjut tentang cara uji bakat boleh didapati di halaman TikTok rasmi Goat Simulator.

Memandangkan game pun sangat gila, saya pasti filem pun sama menghiburkan. Untuk segala liputan kami tentang filem termasuk senarai movie akan datang untuk 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Filem muzikal Goat SimulatorGoat Simulator
Previous Post

Acara E3 2022 secara rasmi dibatalkan dan akan kembali pada tahun depan

Next Post

Platform streaming baharu dari Golden Screen Cinemas – GSC NOW

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Borderlands 4 – Pengalaman Bermain Sebagai EXO‑Soldier Rafa, Berjumpa Boss Fight Baharu!
Preview

Previu Borderlands 4 – Pengalaman Bermain Sebagai EXO‑Soldier Rafa, Berjumpa Boss Fight Baharu!

June 22, 2025
Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!
Nintendo Switch 2

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!

June 20, 2025
[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”
Eksklusif

[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”

June 20, 2025
Next Post
Platform streaming baharu dari Golden Screen Cinemas – GSC NOW

Platform streaming baharu dari Golden Screen Cinemas - GSC NOW

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd