Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Servis PS Plus tidak menawarkan game eksklusif yang baru dilancarkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2022
in Artikel, Berita, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Servis PS Plus tidak menawarkan game eksklusif yang baru dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

Malam tadi, Sony telah mengumumkan PlayStation Plus serba baru yang terdiri daripada pakej-pakej berasingan dengan kelebihan masing-masing. PS Plus baru ini telah dicipta untuk menggembirakan pengguna PS4 dan PS5 yang mahukan servis lebih mirip dengan Xbox Game Pass di sistem PlayStation. Malangnya, Sony telah mengesahkan bahawa game eksklusif daripada pihak ‘first-party’ tidak akan disediakan di PS Plus pada hari pertama pelancaran.

Semasa sedang bercakap bersama GamesIndustry.biz, CEO PlayStation Jim Ryan menjelaskan bahawa idea untuk menambah game eksklusif ‘first-party’ di PlayStation Plus semasa hari pelancaran ialah sesuatu yang tidak baik untuk proses pembangunan syarikat Sony.

“Kami berada dalam kitaran yang baik dengan semua studio di mana pelaburan menjaminkan kejayaan, yang membolehkan lebih banyak pelaburan – yang memberikan lebih banyak kejayaan. Kami menyukai kitaran itu dan rasa pemain pun menyukai kitaran itu.”

kata Jim Ryan.

Beliau kemudian jelas dengan lebih khusus bahawa jika Sony melakukan perkara yang sama seperti Microsoft dengan Xbox Game Pass, maka ia akan memberi kesan kepada sumber yang diletakkan oleh PlayStation ke studio-studio di bawah milk mereka.

“[Dari segi] meletakkan game kami ke dalam perkhidmatan ini, atau mana-mana perkhidmatan lain, selepas dikeluarkan… seperti yang anda sedia maklum, ini bukan jalan yang kami guna pada masa lepas. Dan ia bukan jalan yang akan kami guna dengan perkhidmatan baru ini,” katanya.

“Jika kami melakukan perkara yang sama dengan game yang dibuat oleh PlayStation Studios, kitaran baik itu akan dipecahkan. Tahap pelaburan yang perlu kami buat di studio tidak dapat dicapai, dan kami fikir kesan ke atas kualiti game yang sedang dihasilkan bukanlah sesuatu yang diingini oleh pemain.”

Walaupun Sony nampaknya cuba bersaing dengan Xbox Game Pass dengan model langganan PS Plus, memang tidak boleh dinafikan bahawa Microsoft mempunyai servis yang lebih menarik dan berbaloi untuk para gamer, lagi-lagi dengan pengeluaran PC Game Pass di Malaysia. Itu tidak bermaksud PS Plus tidak bagus, cuma insentif yang diberi lebih sedikit berbanding Xbox.

Untuk belajar lebih lanjut tentang PS Plus baru, termasuk nilai harga dan apa yang ditawarkan, sila tekan SINI.

Apa pendapat korang tentang komen Jim Ryan tentang kes PS Plus tidak akan menawarkan game eksklusif yang baru dilancarkan? Jom kongsi pendapat di ruang komen.

Tags: Eksklusifps plus
Previous Post

NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti, GPU terpantas di dunia telah dilancarkan bermula pada RM 8427!

Next Post

Lebih 8000 pemain Genshin Impact sanggup berjalan dari Liyue ke Inazuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Lebih 8000 pemain Genshin Impact sanggup berjalan dari Liyue ke Inazuma!

Lebih 8000 pemain Genshin Impact sanggup berjalan dari Liyue ke Inazuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd