Alang-alang kemas kini Genshin Impact versi 2.6 hampir tiba, mari kami berikan maklumat ringkas mengenainya. Kami tahu ramai yang ternanti-nanti untuk mendapatkan watak baru, lebih-lebih lagi The Chasm yang sering dibualkan dalam kalangan pemain. Jadi, jom kita lihat apa yang menanti anda dalam kemas kini baru ini!
Kawasan baru – The Chasm

The Chasm akan tersedia di Liyue. Untuk sekian lama, The Chasm merupakan sumber utama biji Liyue, terutamanya untuk barangan porcelain yang terkenal. Melihat pada kawasan itu, tanah di kawasan itu kelihatan berwarna violet-merah. Baru-baru ini, The Chasm telah ditutup kerana beberapa peristiwa misteri yang berlaku. Anda sebagai Traveller akan menyertai pasukan pakar dari pelbagai latar belakang untuk menerokai kawasan bawah tanah itu.

Selain hilichurl, Treasure Hoarder, dan Fatui yang telah menyelinap masuk, anda juga akan menghadapi bos baru, Ruin Serpent, serta musuh dari Abyss. Lumenstone Adjuvant ialah alat yang berguna untuk menerangi laluan anda. Menaik taraf alat ini akan membantu anda dalam penerokaan dan juga memberikan anda banyak ganjaran, termasuk Senjata 4 bintang Billet dan kad nama serba baru.

Jika anda berjaya sampai ke dasar The Chasm, anda akan bertemu semula dengan Dainsleif yang di antara runtuhan dan peninggalan purba. Anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai Traveller dan rahsia Khaenri’ah semasa quest Archon baru “Requiem of the Echoing Depths.”
Watak baru – Kamisato Ayato

- Kamisato Ayato
- Vision: Hydro
- Senjata: Pedang
- Ketua Yashiro Commission untuk Klan Kamisato yang muda tetapi berprestasi tinggi. Seorang yang berbudaya dan sopan.
Acara baru

Genshin Impact Versi 2.6 akan menampilkan “Hues of the Violet Garden,” acara bermusim pertama yang meraikan perayaan Inazuma! Dianjurkan oleh Yashiro Commission dan Yae Miko, Magnificent Irodori Festival ialah acara kebudayaan untuk memperingati sekumpulan lima penyair berbakat dari Inazuma purba bernama “The Five Kasen.” Festival Irodori tahun ini menjemput bukan sahaja bakat tempatan tetapi juga minda kreatif dari Mondstadt dan Liyue. Venti, Xingqiu, dan ramai lagi akan melawat semasa perayaan.

Semasa festival berlangsung, empat mod gameplay akan dibuka dalam urutan: “The Moon and Stars Inscribe,” “Theater Mechanicus,” “Clash of Lone Blades” dan “The Floral Courtyard.”
Kalau anda inginkan maklumat yang lebih terperinci, boleh lawat ke laman rasmi Genshin Impact. Untuk mendapatkan liputan lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post