Pemain Grand Theft Auto Online dilaporkan kena ban kerana bermain mod cerita GTA 5. Untuk anda yang tidak tahu, GTA Online dan GTA 5 telah dilepaskan semula untuk konsol terbaru seperti PS5 dan Xbox Series X|S. Untuk versi konsol terbaru ini, Rockstar Games telah menaik tarafnya untuk pemain GTA yang akan bermain pada konsol ini. Tetapi nampaknya ramai pemain yang tidak menyukainya kerana membuatkan sakit kepala yang teruk. Tetapi paling teruk sekali ialah ban palsu yang dikenakan kepada pemain yang bermain GTA Online daripada mod cerita GTA 5.

Laporan ini datang daripada Rockstar Intel, yang memberikan amaran kepada peminat GTA supaya tidak bertukar dariapda mod cerita ke mod GTA Online. Hal ini demikian kerana terdapat banyak laoran mengenai ban palsu yang dikenakan kepada pemain. Akibatnya, semua pemain Grand Theft Auto dinasihatkan hanya melancarkan GTA Online dari menu utama untuk mengelakkan daripada kena ban tersebut.

Buat masa ini, masih tidak jelas sebab atau punca perkara ini berlaku. Cuma laporan daripada ramai pemain tentang ban ini. Bukan setakat itu sahaja, ban itu juga mempengaruhi Red Dead Online kerana ia dilampirkan bukan pada akaun sebenar tetapi alamat IP. Pihak Rockstar Games masih belum menangani masalah ini dan ini membuatkan ramai pemain bimbang. Jadi, lebih baik jika semua mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan akaun masing-masing.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku, tetapi rasanya ini adalah isu teknikal sahaja. Anda boleh nantikan kemas kini terbaru untuk masalah ini pada masa akan datang. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai GTA, sila klik pautan ini.
Sumber: CBR
@gamersantaimy
Discussion about this post