Sekali-sekala, Steam akan menawarkan beberapa game secara percuma dan hari ini merupakan peluang yang bagus untuk mencuba game baru bersama kawan-kawan anda! Dihasilkan oleh Redcatpig Studio dan Digital Matters Publishing, korang kini boleh download KEO secara percuma di Steam, yang dilabel sebagai game ‘online multiplayer vehicle combat’ berasaskan pasukan.

Apa yang lagi menarik adalah KEO sebenarnya belum dilancarkan secara rasmi dan masih dalam Early Access sejak 9 Disember 2021. Biasanya, kita perlu membayar RM 23.50 untuk mencuba game ini, tetapi buat masa terhad, semua orang di Steam boleh download KEO secara percuma. Satu-satunya syarat ialah game itu harus ditebus sebelum 28 Mac (1 AM) kerana selepas itu, KEO akan kembali ke nilai harga biasa.

Di Steam, ia telah mengumpul sebanyak 233 ulasan, di mana 52% daripadanya adalah positif. Jika anda tidak kisah, boleh cuba alang-alang percuma.
Berikut adalah ringkasan dari Steam termasuk treler rasmi:
“Ini adalah tahun 2120, dan manusia harus bertarung untuk mendapatkan sumber dalam sukan pertempuran sengit yang menggunakan kenderaan kawalan jauh berteknologi tinggi. Teknologi ini pun dibuang dari dunia lama yang telah musnah 66 tahun lalu.”
“Bertarung dalam game ‘online multiplayer vehicle combat’ berasaskan pasukan ini yang berlangsung dalam dunia sci-fi pasca-apokaliptik serta menampilkan mode berbeza seperti Deathmatch dan Domination. Bina kenderaan anda agar sesuai dengan playstyle dan seimbangkan pasukan untuk menguasai medan perang.”
Andai kata berminat atau tidak tahu apa nak buat hujung minggu ini, jangan lupa untuk download KEO di Steam!
@gamersantaimy
Discussion about this post