HONOR secara rasmi telah memperkenalkan teknologi revolusi iaitu Gaming+ semasa di MWC 2019 baru-baru ini. Ini termasuk salah satu siri kemas kini teknologi untuk meningkatkan prestasi, kualiti grafik dan definisi imej permainan mudah alih pada HONOR View20. HONOR juga telah mengumumkan satu ekosistem aplikasi menggunakan kamera TOF 3D.
The HONOR View20 pertama kali ditunjukan di Paris awal tahun ini . Seperti yang anda ketahui, ia dilengkapi dengan 5 ciri pertama di dunia termasuk kamera telefon pintar 48MP, kamera hadapan skrin “Punch-hole” 25MP, chipset 7nm Kirin 980 AI, teknologi Wi-Fi AI Triple-Antenna, dan reka bentuk aurora nanotexture.
Teknologi Gaming+ yang baru sahaja menaik taraf sistem keseluruhan dengan peningkatan kecekapan GPU, pengoptimuman GPU, definisi tinggi dan teknologi ramalan AI. Ia berfungsi dengan lancar dengan teknologi penjadualan frekuensi AI untuk meramalkan beban kerja dalam sistem tersebut dengan memantau FPS, kualiti imej dan input skrin sentuh dalam masa sebenar, dan bijak mengenal pasti prestasi yang baik.
Untuk gaming pula, teknologi AI yang baru meningkatkan ketepatan ramalan beban setiap rangka dengan lebih 30%. Sementara itu, pengoptimuman GPU meningkatkan kualiti imej dan mengurangkan penggunaan kuasa. Peningkatan ini membawa keupayaan definisi tinggi untuk tahap gaming yang bagus, mencapai kontras yang lebih baik, tahap kecerahan yang lebih tinggi dan palet warna yang lebih luas juga.
https://www.youtube.com/watch?v=FcV6wyUtQBE
Sebagai hasil dari peningkatan Gaming+ , HONOR View20 kini menyokong versi Fortnite Vulkan. Permainan mudah alih popular seperti QQ Speed dan Arena of Valor mendapat pengoptimuman mereka untuk menyokong ciri HD juga. Selain itu, kamera TOF 3D di HONOR View20 kini menyokong lebih banyak permainan gerakan badan termasuk Brave Jelly. Kita boleh mengharapkan lebih banyak masa depan! HONOR View20 kini boleh didapati hanya RM1,999 (6 + 128GB) atau RM2,499 (8 + 256GB varian). Dapatkan HONOR View20 sekarang jika anda berminat! Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melawat laman web rasmi atau Facebook .
@gamersantaimy
Discussion about this post