Hypergryph telah mengumumkan Arknights: Endfield, sebuah game 3D real-time RPG dengan set elemen strategik dalam dunia popular Arknights, game tower-defense RPG popular di iOS dan Android. Tarikh pelancaran untuk game ini masih lagi belum didedahkan.
Berikut adalah penerangan ringkas mengenai Arknights: Endfield daripada Hypergryph:
Endfield mewarisi pandangan dunia Arknights. Namun, ia mempunyai cerita dan watak tersendiri. Kisah Endfield bermula semula di sebuah planet bernama Talos-II, tempat berbahaya yang penuh dengan malapetaka dan risiko. Tanah liar yang luas dan wilayah tidak berpenghuni terbentang jauh melangkaui jajahan Habitable Band yang masih belum ditinjau. Oleh itu, pemain akan meneroka dunia liar ini dengan pengendali Endfield Industries untuk mendedahkan misteri yang tersembunyi di dalam runtuhan terbiar ini.

Arknights: Endfield memaparkan mekanik dan kandungan gameplay yang serba baru. Ia membolehkan pemain untuk mengawal sebuah parti untuk meneroka Talos-II, menyelesaikan misi, membuka bab terbaru cerita dan mengambil cabaran yang menarik. Pasukan pemain juga akan bertemu puak dan musuh yang berbeza semasa kisah Endfield diceritakan. Pertemuan ini akan menawarkan pengalaman epik pertempuran dengan pelbagai taktik.
Game ini masih lagi dalam peringkat awal pembangunan dan masih banyak lagi kandungan yang belum muktamad. Pasukan pembangun sedang menceburi pelbagai pilihan dalam reka bentuk konsep, seni dan juga gameplay. Jadi, apabila game dilancarkan, mungkin ia akan kelihatan berbeza daripada klip demo yang ditunjukkan. Anda boleh layari laman rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post