Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ms. Marvel – Siri terbaru dari Marvel dengan menampilkan hero Muslim pertama dalam MCU

safwan by safwan
March 17, 2022
in Artikel, Berita, Disney+, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
Ms. Marvel – Siri terbaru dari Marvel dengan menampilkan hero Muslim pertama dalam MCU
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Marvel telah mengeluarkan video “trailer” untuk Ms. Marvel dengan menampilkan seorang hero perempuan Muslim pertama yang akan menjadi watak utama dalam siri ini. Siri ini akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 8 Jun 2022 dan mempunyai enam episod sahaja.

Dalam enam episod ini, Marvel akan menceritakan tentang seorang budak perempuan bernama Kamala Khan yang akan dilakonkan oleh pelakon baru iaitu Iman Vellani. Dia berumur 16 tahun dan tinggal di Bandar jersey yang sedang mengimbangi kehidupannya sebagai pelajar sekolah tinggi, keluarga dan kuasa yang dimilikinya.

Kamala yang cukup meminati game serta peminat besar superhero lagi-lagi Captain Marvel, sentiasa merasakan dirinya tidak kena dengan persekitaran di sekolah mahu pun di rumah.

Selain Iman Vellani, pelakon lain yang turut membintangi siri ini ialah Armis Knight, Saagar Shaikh, Rish Shah, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Matt Lintz dan ramai lagi.

Siri ini diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah, Meera menon dan Sharmeen Obaid-Chinoy. Penerbit Eksekutif untuk siri ini adalah Kevin Feige, Louis D’Esposito, Victoria Alonso dan Bisha K. Set pengambaran terletak di Atlanta, Georgia, New Jersey dan Thailand.

Pada permulaan video trailer tersebut, kita dapat lihat bahawa Kamala Khan ini hanya berangan yang dia mempunyai kuasa seperti Captain Marvel tetapi pada akhirnya, dia mempunyai kuasa yang di inginkan selama ini. Dalam video “trailer” ini, kita dapat lihat si Kamala Khan ini mendirikan solat dengan umat islam yang lain di masjid. Kita juga boleh lihat yang Kamala dapat menggunakan kuasanya dengan semangat dan digunakan sepenuhnya.

Mungkin dengan video “trailer” seterusnya, kita boleh lihat musuh yang akan berlawan dengan Ms Marvel lawan dalam siri ini. Mesti korang tak sabar nak tengok watak Muslim pertama dari Marvel kan.

Pada November 2013, Marvel Comics mengumumkan Kamala Khan, seorang remaja Amerika Muslim dari bandar Jersey, New Jersey untuk mengambil alih siri buku komik Ms. Marvel bermula pada Februari 2014. Siri ini, ditulis oleh G. Willow Wilson dan dilukis oleh Adrian Alphona, menandakan kali pertama watak Muslim menjadi tajuk utama buku di Marvel Comics.

Menurut Wikipedia

Untuk mendapatkan liputan lain tentang Marvel, sila klik pautan ini.

Tags: Disney+ HotstarMarvel
Previous Post

Teaser untuk filem terbaru dari Les’ Copaque, Puteri Limau Kasturi

Next Post

Humble Games mengumumkan barisan game hebat untuk 2022!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Humble Games mengumumkan barisan game hebat untuk 2022!

Humble Games mengumumkan barisan game hebat untuk 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd