Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Teaser untuk filem terbaru dari Les’ Copaque, Puteri Limau Kasturi

safwan by safwan
March 17, 2022 - Updated on March 18, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Teaser untuk filem terbaru dari Les’ Copaque, Puteri Limau Kasturi
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini Les’ Copaque telah keluarkan siri animasi yang bertajuk Puteri. Puteri ini menceritakan tentang lima orang puteri yang tinggal di Kerajaan Limau. Lima orang puteri ini ialah Puteri Limau Manis, Puteri Limau Kasturi, Puteri Limau Purut, Puteri Limau Bali dan Puteri Limau Nipis. Ciri-ciri dan nama mereka diambil dari limau-limau yang dimakan oleh ibu mereka semasa mengandung. Setiap dari mereka mempunyai senjata dan kuasa sakti yang tersendiri.

Puteri ialah sebuah siri animasi pendek bersambung yang dibuat oleh syarikat animasi Les’ Copaque Production. Animasi ini ditayangan di TV3 pada 20 November 2014, pukul 9 malam.

Ini adalah sinopsis menurut Wikipedia

Siri Puteri menceritakan lima orang puteri yang hidup di sebuah Kerajaan Limau – Manis mempunyai suara yang merdu, Kasturi mempunyai hati seorang pahlawan, Purut seorang yang sangat pemalu, Bali seorang yang penyayang dan Nipis yang nakal bersama kucing kesayangannya bernama Jebat. Masing-masing lima beradik mempunyai kemampuan yang luar biasa yang apabila digabungkan, mampu menjaga keamanan dan keharmonian dalam kerajaan dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik, dan sihir gelap.

Sejak tiga hari yang lalu, Les’ Copaque telah keluarkan “teaser” untuk filem animasi baru mereka yang bertajuk Puteri Limau. “Teaser” yang ditunjukkan didalam twitter merupakan gambar seorang puteri yang bernama Puteri Kasturi.

Mempersembahkan salah seorang watak utama dari filem animasi Puteri Limau iaitu Puteri Kasturi. pic.twitter.com/j1VqKcK4fs

— Les' Copaque (@lescopaque) March 17, 2022

Sedikit pengenalan tentang puteri-puteri ini.

  • Puteri Limau Manis
    • Manis adalah anak sulung dan merupakan pewaris takhta kerajaan. Dia merupakan puteri yang paling cantik dan boleh berkomunikasi dengan haiwan. Dia mempunyai suara yang indah dan merdu yang boleh menenangkan sesiapa sahaja apabila mendengarnya. Dia memiliki selempang ajaib yang membolehkannya “teleport” ke mana-mana yang dia mahu.
  • Puteri Limau Kasturi
    • Kasturi adalah puteri yang suka aktiviti dunia luar dan cuba untuk mengelak dirinya hidup seperti puteri yang biasa. Dia seorang yang sangat berterus-terang dan menyindir sehingga menyakiti perasaan oang lain dan membawa kepada pergaduhan dengan adik-beradiknya. Dia mudah bosan, dan boleh jadi pelupa. Sesuai dengan semangat pahlawannya, dia memiliki pedang ajaib yang sentiasa memenuhi sasarannya.
  • Puteri Limau Purut
    • Purut adalah puteri yang cantik lagi beijaksana. Oleh kerana mukanya mempunyai parut, dia sedar akan dirinya dan pemalu terutamanya di sekelilingi lelaki. Dia mempunyai sebuah makmal dan kebun herba. Purut selalu menyendiri untuk membuat ramuan ajaib yang boleh memulihkan sebarang luka atau penyakit. Rambutnya disanggul menggunkan kayu sakti yang memiliki kuasa penyembuhan.
  • Puteri Limau Bali
    • Dia berumur 14 tahun. Merupakan puteri keempat bertubuh gempal berbanding adik-beradiknya. Oleh kerana itu, dia agak sensitif dengan topik berat badan. Dia merupakan seorang tukang masak yang handal, walaupun makanannya kelihatan tidak menarik pada luaran tetapi rasanya pasti sedap. Dia mempunyai kipas sakti yang boleh berubah saiz dan fungsi.
  • Puteri Limau Nipis
    • Berusia 10 tahun dan merupakan puteri bongsu. Penampilannya kelihatan manja dan naif. Namun, Nipis sebenarnya merupakan penyiasat yang hebat dan mengetahui semua selok-belok di dalam istana. Dia sering ditemani oleh kucing peliharaannya yang bernama Jebat. Dia berperwatakan selamba dan bersifat degil. Nipis mempunyai cemeti sakti yang sering digunakan sebagai permainannya.

Berikut merupakan video teaser yang baru ditayangkan di Youtube:

Mesti korang tak sabar nak tunggu filem ini keluarkan. Jom sama-sama kita nantikan filem terbaru ini dari Les’ Copaque. Untuk mendaptkan liputan lain tentang Les’ Copaque, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filem animasi
Previous Post

Yu-Gi-Oh mengumumkan manga baru yang menceritakan asal-usul kad

Next Post

Ms. Marvel – Siri terbaru dari Marvel dengan menampilkan hero Muslim pertama dalam MCU

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ms. Marvel – Siri terbaru dari Marvel dengan menampilkan hero Muslim pertama dalam MCU

Ms. Marvel - Siri terbaru dari Marvel dengan menampilkan hero Muslim pertama dalam MCU

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd