Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Episod baru My Dress-Up Darling dikritik sebagai rasis oleh peminat barat!

Maira by Maira
March 17, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Episod baru My Dress-Up Darling dikritik sebagai rasis oleh peminat barat!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas habis satu episod anime, mesti kita akan lihat promo untuk episod seterusnya. Semasa promo anime My Dress-Up Darling episod 10 ditayangkan, rasanya kita sendiri tahu, mesti ada sahaja peminat anime yang tidak puas hati mengenainya. Lebih-lebih lagi apabila Marin yang mempunyai kulit cerah menggunakan foundation untuk membuatkan kulitnya kelihatan gelap untuk watak yang dia ingin cosplay. Ia bukanlah masalah sangat kepada peminat anime biasa, tetapi ia lebih mendapat perhatian dalam kalangan peminat anime barat.

My Dress-Up Darling

Kalau anda ingin tahu, Marin dituduh Blackface hanya kerana dia memakai mekap untuk mengubah warna ton kulitnya. Blackface merupakan salah satu bentuk solekan yang digunakan untuk penghibur yang bukan berketurunan Afrika, untuk melakokan watak orang kulit hitam. Ianya juga dianggap sebagai perbuatan rasis di sana.

Seorang pengguna Twitter telah menjadi viral selepas mengeluarkan kritik terhadap Marin lebih-lebih lagi pada babak di mana dia menggunakan mekap tersebut. Walaupun dia sendiri tahu bahawa ianya salah satu cara biasa digunakan untuk cosplay di Jepun, dia terus mengatakan bahawa perbuatan itu merupakan satu masalah besar. Lebih menarik lagi, ramai juga yang tidak bersetuju dengan kritikan yang diberikan oleh pengguna tersebut malah terpaksa menukar username Twitternya setelah mendapat banyak reaksi negatif.

My Dress-Up Darling

Kalau ingin jaga hati semua peminat juga susah, sebab budaya cosplay memang terkenal di Jepun. Lebih-lebih lagi pada watak “gyaru”. Anime ini juga sebuah adaptasi manga yang keluar pada tahun 2018. Memang akan ada peminat yang kritik jika studio CloverWorks buang babak itu daripada anime, memandangkan My Dress-Up Darling banyak mengajar penonton mengenai dunia cosplay. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: AnimeGalaxy

Tags: animekritikMy Dress-Up Darling
Previous Post

Setelah lama menunggu, Sniper Elite 5 akhirnya diumumkan!

Next Post

Yu-Gi-Oh mengumumkan manga baru yang menceritakan asal-usul kad

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Next Post
Yu-Gi-Oh mengumumkan manga baru yang menceritakan asal-usul kad

Yu-Gi-Oh mengumumkan manga baru yang menceritakan asal-usul kad

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd