Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Luffy kalah kali ke-3 kepada Kaido, kepulangan Joy Boy

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 14, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece: Luffy kalah kali ke-3 kepada Kaido, kepulangan Joy Boy

Sumber: Woden Creativ

Share on FacebookShare on Twitter

Ya benar kawan-kawan One Piece sekalian. Tajuk di atas memang betul – Luffy telah kalah buat kali ketiga kepada Kaido tetapi Oda memberi satu kejutan terakhir dengan mengisyaratkan kepulangan Joy Boy!

AMARAN: Berikut adalah spoiler untuk One ​​Piece bab 1043 – “Let’s Face Death Together” oleh Eiichiro Oda

One Piece bab 1043 bermula dengan menunjukkan Luffy yang berada dalam keadaan tidak sedar diri selepas dihentak oleh Kaido. Walaupun dinamakan sebagai pemenang rasmi, Kaido tidak gembira kerana kemenangan ini hanya dapat diperolehi selepas CP0 datang tanpa diduga untuk membantu. Kaido berjalan ke arah CP0 dan bertanya sama ada dia bersedia untuk menghadapi akibat daripada tindakannya. Ejen itu tidak berkata apa-apa lalu “dibunuh” oleh Kaido.

Kaido kemudian turun ke istana dalam bentuk naga dan mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa Luffy sudah mati dan meminta supaya Momonosuke menyerah diri. Krew Beasts Pirates bersorak manakala para samurai nampaknya putus asa, malah Kid dan Law pun terpaksa mengakui bahawa keadaan kini bertambah teruk. Walaupun Chopper dan Tama menangis atas kehilangan Luffy, Nami enggan mempercayai kata-kata Kaido dan percaya bahawa kaptennya masih hidup.

Momonosuke memutuskan bahawa menyerah diri adalah pilihan terbaik untuk semua orang kerana jika Luffy tidak dapat mengalahkan Kaido, siapa lagi yang boleh. Tetapi Yamato berkata; walaupun menyerahkan diri boleh menyelamatkan semua orang, akhirnya mereka akan mati keletihan sebagai hamba Kaido. Oleh itu, dia tidak akan berhenti berjuang, dan lebih rela mati daripada menyerah. Momonosuke memahami kata-kata Yamato, dan pertarungan diteruskan.

Tiba-tiba, kita mendengar suara Zunesha (gajah legenda yang mengembara bersama Joy Boy pada 800 tahun lalu) yang memberitahu Momonosuke bahawa dia boleh mendengar sesuatu. Dalam keadaan keliru, Momonosuke meminta penjelasan, di mana Zunesha menerangkan bahawa “buat kali pertama dalam 800 tahun, gendang pembebasan sedang dipukul dan seseorang sudah tiba”. Apabila Momonosuke bertanya “siapa”, Zunesha menjawab, “Joyboy…dah kembali!!!”. Imej terakhir menunjukkan Luffy sedang senyum ketika tubuhnya kelihatan sedang berubah.

Itu sahaja untuk bab terbaru bagi manga One Piece. Apa pendapat korang? Adakah Luffy merupakan penjelmaan semula kepada Joy Boy? Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber: MangaPlus

Tags: Joy BoyKaidoluffyone piece
Previous Post

Ramai yang menyukai versi censored Demon Slayer S2 di China!

Next Post

Lelaki cipta rekod dengan habiskan Elden Ring dalam 30 minit!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
Lelaki cipta rekod dengan habiskan Elden Ring dalam 30 minit!

Lelaki cipta rekod dengan habiskan Elden Ring dalam 30 minit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd