Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh download demo ketiga untuk Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin hari ini bagi pemilik PS5, PS4, Xbox Series X|S, dan Xbox One.
Menurut Square Enix, tujuan demo adalah untuk memberi peluang kepada pemain membiasakan diri dengan sistem pertempuran yang bersifat aksi fast-paced, ‘job system’ yang boleh diubahsuai secara mendalam dan dunia misteri berdasarkan game pertama dalam siri Final Fantasy.
Save data daripada demo terkini juga boleh dibawa ke game penuh, supaya pemain dapat meneruskan perjalanan mereka dengan lancar semasa hari pelancaran.

Selain itu, demo kali ini membolehkan pemain meneroka Pravoka Seagrot dan Western Keep, dan mengalami playstyle baru semasa bertarung dengan penambahan pelbagai ‘job’ baru yang tidak tersedia sebelum ini. Pada masa yang sama, sejumlah musuh baru juga akan hadir untuk memberi cabaran tambahan.
Seterusnya, kita boleh mencuba fungsi multiplayer, yang membenarkan sehingga tiga rakan untuk bermain dan melawan raksasa bersama sebagai satu parti secara online.

Supaya tiada yang salah faham, demo ini hanya tersedia untuk pemilik konsol sahaja, dan bukan untuk PC. Tetapi jangan sedih kerana Stranger of Paradise akan dilancarkan untuk PC secara eksklusif di Epic Games Store. Bersama pengumuman ini, halaman Twitter rasmi Stranger of Paradise mendedahkan spesifikasi minimum dan disyorkan untuk PC.
Berikut adalah maklumat lengkap:
Spesifikasi PC Minimum:
- OS – Windows 10 (64-bit)
- CPU – Intel Core i5-6700 / AMD Ryzen 5 1400
- GPU – Nvidia GeForce GTX 1060 (6GB) / AMD Radeon RX 470
- RAM – 8GB
- Storage – 80GB
- DirectX version – DirectX 9.0c
Spesifikasi PC yang Disyorkan:
- OS – Windows 10 (64-bit)
- CPU – Intel Core i5-8700 / AMD Ryzen 5 1600
- GPU – Nvidia GeForce GTX 1660 Super / AMD Radeon RX 5700 XT
- RAM – 16GB
- Storage – 80GB
- DirectX version – DirectX 9.0c
Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store pada 18 Mac manakala versi demo boleh korang download hari ini.
Sumber: Square Enix
@gamersantaimy
Discussion about this post