Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gigabash memperkenalkan kaiju terbaru ‘Rawa’ bersama trailer baru!

Maira by Maira
March 10, 2022
in Artikel, Berita, Game, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One
0 0
0
Gigabash memperkenalkan kaiju terbaru ‘Rawa’ bersama trailer baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa siaran langsung State of Play hari ini, Gigabash yang dibangunkan oleh Passion Republic Games, pembangun game indie Malaysia, telah melepaskan trailer terbaru game tersebut. Dalam trailer itu juga, kaiju terbaru yang boleh dimainkan telah diperkenalkan iaitu Rawa.

Berikut adalah penerangan mengenai Rawa:

Rawa, Raja Naga memulakan perarakannya. Sudah terlambat untuk melepaskan diri daripada kemarahannya, kehadirannya yang agung akan membanjiri kawasan sekelilingnya dengan lautan api yang dahsyat. Lagipun, dia digelar sebagai… Extinction Dragon.

https://thumbs.gfycat.com/OldValuableHarborporpoise-mobile.mp4

Gigabash merupakan sebuah game arena kaiju brawler yang boleh dimainkan sehingga empat orang pemain. Ia akan dilancarkan pada tahun ini ke pelbagai platform utama seperti PS4, PS5, Xbox One, Switch, dan PC. Game ini diinspirasikan daripada siri klasik tokusatsu seperti Godzilla, Megazord dan Ultraman. Tidak dilupakan juga siri game lain seperti War of the Monster dan Power Stone. Terdapat 10 Titan unik, yang sesuai dengan kaiju tertentu atau pasukan hero bersama cara bermain, kebolehan dan kombo untuk dipelajari.

Terdapat juga mod dalam talian, jika anda ingin bertarung dengan pemain lain di seluruh dunia. Malah, Competitive Play juga tersedia untuk anda berlumba untuk mendapatkan takhta dalam leaderboard global.

Mod Story juga ada diperkenalkan untuk memberikan pengalaman bermain single-player. Melalui mod tersebut, pemain boleh mengetahui latar belakang watak serta pengembaraan bersama mereka. Ianya akan tersedia secara campaign yang mempamerkan empat watak yang boleh dimainkan.

https://thumbs.gfycat.com/PepperyDearestAfricanjacana-mobile.mp4

Jadi, kalau anda ingin bermain game brawler kaiju ini, siap sedia kerana ianya akan dilepaskan pada tahun ini! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Gigabash daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: PS blog

Tags: Gigabashindiemalaysia developerPassion Republic games
Previous Post

Review Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok – Selamatkan alam Dewa

Next Post

Fakta ringkas mengenai Okkotsu Yuta, protagonis untuk Jujutsu Kaisen 0!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Fakta ringkas mengenai Okkotsu Yuta, protagonis untuk Jujutsu Kaisen 0!

Fakta ringkas mengenai Okkotsu Yuta, protagonis untuk Jujutsu Kaisen 0!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd