Untuk beberapa tahun ini, kita telah dapat macam-macam tema hebat dan menakjubkan untuk konsol PS4. Kita ada ala-ala jepang Yakuza 6, kita ada team dewa perang God of War, dan si siber “500 Million” edition Pro, dan kini sebuah tema yang berunsur lebih gelap dan kuno iaitu Sekiro. Eksklusif kepada pengedar game di Belanda, Game Mania, peminat akan berpeluang untuk menang tema ini dengan cara pre-order Sekiro PS4 di Game Mania online store.
Selepas pre-order, peminat akan diberi sebuah kotak yang mengandungi chopsticks. Jika chopsticks itu berwarna emas, anda ialah antara tuan bertuah kepada PS4 bertema buluh klasik itu. Tajuk game telah diukir dalam efek maple wood di atas konsol manakala controller mempamerkan tajuk di dalam bahasa Inggeris di atas touchpad. Kemungkinan besar PS4 ini boleh mengusir setan sekali.
Seperti yang dinyatakan di atas, tema ini eksklusif di Netherlands dan Belgium. Saya tidak rasa Activison atau Sony akan mengeluarkan banyak unit, jadi ini akan menjadi antara PS4 paling rare buat masa ini dan tahniah kepada mereka yang berjaya dapatkan PS4 ini. Cemburunya saya!
@gamersantaimy
Discussion about this post