Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apple memperkenalkan barisan terbaru iPhone 13, SE dan iPad Air!

Maira by Maira
March 9, 2022
in Artikel, Berita, Produk, Teknologi
0 0
0
Apple memperkenalkan barisan terbaru iPhone 13, SE dan iPad Air!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Apple telah berlangsung dan memperkenalkan barisan terbaru gajet yang menampilkan menampilkan A15 Bionic sepantas kilat, sistem kamera canggih, hayat bateri yang hebat, ketahanan yang mengagumkan dan sambungan 5G. Tanpa membuang masa, mari kita lihat produk terbaru Apple yang akan tersedia tidak lama lagi.

iPhone 13

Terdapat dua warna cantik serba baharu untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 iaitu green alpine dan green. Barisan iPhone 13 menampilkan reka bentuk anggun yang dibuat lebih tahan lama dengan penutup hadapan Ceramic Shield, dan termasuk dengan cip A15 Bionic, sambungan 5G termaju, sistem kamera canggih untuk foto dan video yang menakjubkan serta lonjakan besar dalam hayat bateri.

iPhone 13 dan iPhone 13 mini juga menawarkan paparan Super Retina XDR® yang terang, manakala iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max menyertakan paparan Super Retina XDR yang bertenaga dengan ProMotion® yang menampilkan kadar penyegaran adaptif dari 10Hz hingga 120Hz. iPhone 13 Pro green alpine baharu dan iPhone 13 green akan tersedia untuk pra-pesanan pada Jumaat ini, 11 Mac, dengan ketersediaan mulai Jumaat, 18 Mac.

  • iPhone 13 Pro dan Pro Max kini tersedia dalam warna sierra blue, graphite, gold, dan silver. Alpine green dan green dengan pilihan storan 128GB, 256GB, 512GB, dan 1TB akan tersedia bermula  RM4,899 sehingga RM5,299.
  • iPhone 13 dan iPhone 13 mini kini tersedia dalam (PRODUCT)RED, starlight, midnight, blue, dan pink. Green akan tersedia dengan pilihan storan 128GB, 256GB, dan 512GB bermula daripada RM3,399 sehingga RM3,899.
  • Pelanggan akan dapat membuat pra-pesanan iPhone 13 mulai jam 9 pagi MYT pada hari Jumaat, 18 Mac, dengan ketersediaan mulai Jumaat, 25 Mac, daripada laman web Apple dan dalam aplikasi Apple Store®.
  • iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13 dan iPhone 13 mini juga tersedia melalui Penjual Sah Apple dan carrier terpilih.
  • iOS 15.4 akan tersedia sebagai kemas kini perisian percuma mulai minggu depan.

iPhone SE

iPhone® SE merupakan iPhone baharu yang berkuasa dalam reka bentuk ikonik, dengan keupayaan dan prestasi luar biasa pada harga yang luar biasa. iPhone SE hadir dalam reka bentuk yang padat dan tahan lama, dan bersama-sama dengan iOS 15, memberikan pengalaman pengguna yang lancar. iPhone SE baharu menampilkan peningkatan yang mengagumkan termasuk prestasi A15 Bionic, yang memperkasakan keupayaan kamera termaju dan menjadikan hampir setiap pengalaman lebih baik, daripada penyuntingan foto kepada operasi intensif kuasa seperti gaming dan AR.

Bersama-sama dengan 5G, hayat bateri yang lebih lama dan ketahanan yang dipertingkatkan, iPhone SE didatangkan dalam tiga warna yang menakjubkan — midnight, starlight dan RED. Ia akan tersedia untuk pra-pesan pada Jumaat ini, 11 Mac, dengan ketersediaan mulai Jumaat, 18 Mac.

  • iPhone SE akan tersedia dengan storan pilihan 64GB, 128GB dan 256GB dalam warna midnight, starlight, dan (PRODUCT)RED bermula pada RM2,099.
  • Pelanggan akan dapat membuat pra-pesanan iPhone SE mulai jam 9 pagi MYT pada hari Jumaat, 18 Mac, dengan ketersediaan mulai Jumaat, 25 Mac, daripada laman web Apple dan dalam aplikasi Apple Store®.
  • iPhone SE juga tersedia melalui Penjual Sah Apple dan carrier terpilih.

iPad Air

iPad Air® baharu dengan cip M1 rekaan Apple, memberikan lonjakan besar dalam prestasi. Tersedia dalam pelbagai warna baharu, iPad Air turut menampilkan kamera hadapan Ultra Wide baharu dengan Center Stage™ untuk pengalaman persidangan video yang lebih semula jadi, port USB-C dengan kelajuan pemindahan sehingga 2x lebih pantas dan 5G yang sangat pantas pada model selular — bermula pada harga yang berpatutan. Kamera lanjutan dan keserasian dengan aksesori terkini membolehkan pengguna, termasuk pencipta kandungan, gamer dan pelajar, untuk menolak sempadan kreativiti, produktiviti dan ekspresi diri.

  • iPad Air baharu tersedia untuk dipesan tidak lama lagi melalui laman web Apple dan dalam aplikasi Apple Store®.
  • Model Wi-Fi iPad Air tersedia dengan harga bermula RM2,699 dan model Wi-Fi + Selular bermula pada RM3,349. iPad Air baharu, dalam konfigurasi 64GB dan 256GB, didatangkan dalam kemasan space grey, starlight, pink, purple, dan blue.
  • iPadOS 15, sistem pengendalian berkuasa yang direka khusus untuk iPad, dihantar secara percuma dengan iPad Air baharu. iPadOS 15 tersedia sebagai kemas kini perisian percuma untuk iPad Air 2 dan lebih baharu.
  • Harga Education tersedia untuk pelajar kolej semasa dan baru serta ibu bapa mereka, fakulti dan kakitangan untuk semua peringkat gred. iPad Air baharu bermula pada RM2,479. Apple Pencil generasi kedua boleh didapati pada harga RM509, Smart Keyboard Folio tersedia pada harga RM679 dan Magic Keyboard untuk pelajar kolej pada harga RM1,259. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati pautan ini.
  • Apple Pencil (generasi ke-2), tersedia untuk pembelian secara berasingan, serasi dengan iPad Air baharu pada harga RM549.
  • Magic Keyboard untuk iPad Air baharu tersedia dalam warna hitam dan putih pada harga RM1,349, dengan rekaan untuk lebih 30 bahasa.
  • Smart Keyboard Folio untuk iPad Air baharu tersedia pada harga RM769.
  • Smart Folio untuk iPad Air baharu tersedia pada harga RM329 dalam warna hitam, putih, electric orange, dark cherry, English lavender, dan marine blue.

Jadi, jika anda ingin memiliki produk terbaru Apple ini, jangan lupa untuk pra-pesan di lawan rasmi Apple! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai produk daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Apple

Tags: appleiPad AiriPhone 13iPhone SE
Previous Post

Pengarah anime Boruto ingin saman studio kerana tidak bayar gaji

Next Post

Review Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok – Selamatkan alam Dewa

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Review Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok – Selamatkan alam Dewa

Review Assassin's Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok - Selamatkan alam Dewa

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd