DLC terbaru Lost Judgment, The Kaito Files baru sahaja disahkan akan keluar pada 28 Mac!
“The Kaito Files” adalah expansion yang dibahagikan kepada empat bab di mana pemain dapat mengawal watak Masaharu Kaito. DLC ini boleh dibeli secara berasingan dan juga tersedia secara percuma jika anda mempunyai Digital Deluxe Edition atau All-in-One Season Pass.
Plot DLC menyaksikan Kaito mengambil kes baru yang berkait rapat dengan kekasih lamanya, Mikiko. Berikut adalah sinopsis rasmi:
“Dalam perjalanan, Kaito bertemu dengan Jun, seorang remaja yang mengaku sebagai anak Kaito dan Mikiko, lalu kedua-duanya bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kehilangan ibunya. Kini Kaito terperangkap di masa lalu dan masa sekarang ketika menentang sindiket bahaya. Tetapi mengapa Kaito dan Mikiko berpisah, dan apa kaitan organisasi gelap ini dengannya?”
DLC ini juga agak berbeza kerana kita mengawal detektif yang lebih tertumpu kepada aksi. Kaito akan mempunyai dua gaya tempur unik yang boleh digunakan oleh pemain, iaitu Bruiser dan Tank. Bruiser adalah gaya pertarungan yang lebih agresif, manakala gaya Tank lebih tertumpu pada pertahanan.
Bukan itu sahaja; walaupun Yagami lebih suka menggunakan gajet untuk mencari klu dan menyelesaikan jenayah, Kaito sebaliknya akan menggunakan “deria” untuk menyelesaikan kes. Kita dapat memanfaatkan ciri Primal Focus”untuk mengesan klu dan mengenal pasti suspek. Abiliti ini akan membolehkan Kaito menggunakan “Primal Nose” dan “Primal Ear” untuk mendengar atau menghidu petunjuk dan mencari bukti dan lain-lain di sekitar.
Selain daripada gaya pertarungan baharu, kemahiran detektif unik dan kisah yang agak menarik, DLC The Kaito Files juga akan menampilkan collectible dan bos baharu untuk pemain lawan. Saya tidak pasti apa yang kita akan jumpa, tetapi nampaknya ada lebih banyak sebab untuk kita merayau dalam bandar.
Lost Judgment: The Kaito Files akan dilancarkan pada 28 Mac di PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X.
Sumber: PS Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post