Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Meme “Drake” muncul dalam kertas Bahasa Melayu SPM 2021

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2022
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Meme “Drake” muncul dalam kertas Bahasa Melayu SPM 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang korang semua tahu, ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sudah dilaksanakan sejak 02 Mac dan akan berlangsung hingga 29 Mac ini.  KPM menerusi kenyataan akhbar berkata, seramai 407,097 calon akan menduduki ujian bertulis peperiksaan SPM tahun 2021 di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara. Cuma, siapa sangka pelajar akan terjumpa meme Drake dari Hotline Bling semasa menjawab kertas Bahasa Melayu dalam SPM.

Bagi majoriti pelajar Tingkatan 5 di Malaysia, SPM mungkin nampak agak menakutkan dan saya faham jika ada yang tertekan. Walau bagaimanapun, saya rasa ramai yang ketawa selepas melihat soalan berikut:

Pelajar dikehendaki membuat rumusan tentang senario di atas di mana kedua-dua lelaki dalam gambar itu berbincang tentang kepentingan ejaan yang betul pada papan tanda yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Memang tidak boleh disangkalkan, kedua-dua lelaki di atas mempunyai persamaan dengan meme Drake berikut:

Selepas menjadi viral, ramai netizen terkejut dan terhibur dengan rujukan Drake dalam kertas Bahasa Melayu SPM. Berikut adalah antara komen-komen mereka:

If i pass bm spm, its all because of drake

— Vineshnaidu Suresh (@a_mfnamedvnesh) March 2, 2022

drake making a cameo in spm gotta be one of the things in life i won’t ever forget #SPM2021

— han (@00narcihan) March 2, 2022

whoever drew the drake meme reference in the spm paper was brave as hell I like u u got balls

— pechques || emo hours (@LeeysDaPotatoh) March 2, 2022

Di subreddit r/Malaysia, seorang user bernama CafeZach memuat naik imej ini, yang kemudian memperoleh lebih dari 1.4k upvote dan 168 komen dalam masa kurang daripada 24 jam.

Memandangkan SPM akan tamat pada hujung bulan ini, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan! Ingat, gaming itu bagus untuk mengurangkan “stress”, tapi janganlah main sampai lupa belajar pula!

Apa pendapat anda tentang ujian SPM kali ini? Kreatif kan mereka? Sekurangnya pelajar tidaklah bosan semasa menjawab. Untuk segala liputan kami tentang gaming, anime dan teknologi, sila layari Gamer Santai.

Sumber: Gamerbraves

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DrakeMalaysiaSPM
Previous Post

Nikmati diskaun hingga RM 3,900 dengan promosi terbaru MSI untuk Mac 2022

Next Post

Download Hitman Sniper: The Shadows sekarang di iOS & Android

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Download Hitman Sniper: The Shadows sekarang di iOS & Android

Download Hitman Sniper: The Shadows sekarang di iOS & Android

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd