Francais popular Street Fighter telah menjual lebih daripada 47 juta unit sejak ia diperkenalkan pada 35 tahun lalu. Angka ini pasti akan bertambah kerana Capcom secara rasmi telah mengumumkan entri seterusnya dalam siri iaitu Street Fighter 6.
Berikut adalah teaser pendek:
Melalui teaser di atas, kita boleh melihat maskot popular Ryu sedang menyiapkan diri untuk bertarung dengan pencabar baru, Luke. Bagi mereka yang tidak tahu, Luke merupakan watak ke-45 dan yang terakhir dalam Street Fighter V. Sebelum ini, kami mendapar klu bahawa dia akan memainkan peranan penting dalam projek terbaru Street Fighter, dan nampaknya khabar angin itu benar.

Yusuke Hashimoto (Bayonetta, Bayonetta 2 ) akan bertanggungjawab dalam pembangunan game ini sebagai Game Designer manakala produser Capcom Kazuhiro Tsuchiya akan terlibat dalam posisi yang tidak dinyatakan. Itu sahaja info yang dikongsikan tentang Street Fighter 6 tetapi lebih banyak maklumat akan dikongsi pada musim panas ini. Buat masa sekarang, korang boleh layari laman web rasmi Street Fighter 6 untuk maklumat lanjut.

Saya tahu ramai yang teruja dan tidak sabar untuk lihat bab seterusnya dalam saga Street Fighter. Sementara menunggu, korang boleh menyambut ulang tahun ke 35 francais dengan Capcom Fighting Collection, sebuah antologi yang terdiri daripada 10 game klasik – termasuk siri penuh Darkstalkers. Setiap satu daripada 10 game ini telah ditambah dengan fitur online multiplayer, ciri-ciri yang ditambah baik dan update “quality of life” untuk memudahkan pengalaman.
Buat mereka yang berminat, Capcom Fighting Collection akan dikeluarkan pada 24 Jun 2022 untuk PlayStation 4, Nintendo Switch, Steam dan Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post