Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Goten & Trunks akhirnya masuk fasa remaja dalam Dragon Ball Super: Super Hero

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Goten & Trunks akhirnya masuk fasa remaja dalam Dragon Ball Super: Super Hero
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk mempromosikan filem anime akan datang Dragon Ball Super: Super Hero, Toei Animation telah mendedahkan poster baru yang menunjukkan semua watak sekaligus buat pertama kali termasuk Goten dan Trunks, yang akhirnya masuk ke remaja serta Android 18 dengan penampilan baru.

Poster penuh

Poster ini didedahkan semasa acara siarang langsung Dragon Ball Games Battle Hour 2022, dan menunjukkan Goten dan Trunks versi remaja dalam posing ikonik “Fusion”. Goten kini mempunyai gaya rambut yang sama ala-ala Gohan semasa Cell Saga dan juga memakai pakaian yang hampir sama seperti apa yang kita lihat sepanjang anime Dragon Ball Super.

Trunks pula memakai bomber jacket dan berambut biru. Ini mengesahkan bahawa filem akan mengikut Dragon Ball Super versi manga di mana Trunks adalah berambut biru dan bukannya ungu. Akhir sekali, kita ada Android 18 yang sedang menyeimbangkan badan atas tangan suaminya, Krilin, dengan pakaian sukan berwarna ungu kelabu siap kasut sukan.

Goten & Trunks

Mengapa ramai teruja dapat melihat Goten dan Trunks versi remaja? Selain Dragon Ball GT (yang tidak canon), tahap pembesaran mereka merupakan salah satu isu paling lama di kalangan peminat. Sebagai contoh, Goten dan Trunks kekal pada usia dan saiz yang sama walaupun peristiwa Battle of Gods, Resurrection F dan Dragon Ball Super berlangsung secara canon selang beberapa tahun selepas Dragon Ball Z. Yang peliknya, kita boleh melihat watak lain semakin menua manakala Goten dan Trunks masih kekal dalam saiz/umur yang sama.

Pan, iaitu anak Gohan, masih dalam kandungan ibunya Videl semasa peristiwa Battle of Gods tetapi untuk filem Super Hero, dia kini berada di lingkungan usia kanak-kanak tadika, jadi memang tidak masuk akal lah kalau Trunks dan Goten tidak besar-besar lagi.

Kita akhirnya tahu bahawa Goten, Trunks dan Android 18 akan muncul dalam Dragon Ball Super: Super Hero, tetapi tiada maklumat didedahkan jika mereka akan memainkan peranan penting atau jika kita boleh melihat Gotenks memandangkan mereka buat posing ikonik Fusion dalam poster. Buat masa ini, saya hanya tahu bahawa filem akan tertumpu pada Gohan dan Piccolo.

Dragon Ball Super: Super Hero akan ditayangkan di pawagam Jepun pada 22 April.

Sumber – YouTube

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon BallDragon Ball Super: Super HeroGotenTrunks
Previous Post

Sony betulkan isu Cyberpunk 2077 tidak boleh “launch” untuk PS4

Next Post

Capcom rasmi mengumumkan Street Fighter 6

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Capcom rasmi mengumumkan Street Fighter 6

Capcom rasmi mengumumkan Street Fighter 6

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd