Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ini antara phone bajet untuk gaming pada Februari 2022! Semua game boleh main!

Maira by Maira
February 10, 2022 - Updated on February 11, 2022
in Artikel, Berita, Senarai, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Ini antara phone bajet untuk gaming pada Februari 2022! Semua game boleh main!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ini sudah banyak game mobile yang seronok keluar. Kalau nak main game dekat phone, mesti ramai yang fikir perlu gunakan modal yang besar untuk membeli phone. Tidak perlu sebenarnya! Anda tidak perlu membeli phone mahal-mahal untuk bermain game yang semua orang main. Setakat PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang dan Genshin Impact, anda hanya perlukan phone terbaik supaya dapat bermain dengan lancar. Kami telah mencari beberapa phone bajet terbaik untuk anda dengan harga dibawah RM 1000 serta mempunyai spesifikasi minimum untuk gaming. Tanpa membuang masa, jom lihat senarainya!

Redmi Note 11S

phone bajet

Ini merupakan siri Redmi Note terbaru daripada Xiaomi yang dilancarkan pada Februari 2022. Ia datang bersama 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Untuk bermain game seperti MLBB atau PUBG Mobile, jangan risau kerana ia dilengkapi dengan chipset MediaTek Helio G96. Anda boleh mendapatkan pengalaman gaming yang lancar. Paparan phone ini sebesar 6.43 inci dengan AMOLED DotDisplay dan mempunyai refresh rate sehingga 120Hz.

Baterinya juga agak besar iaitu 5000mAh serata mempunyai pengecasan pantas 33W dan beroperasi dengan sistem MIUI 13 berdasarkan Android 11. Phone ini dijual dengan harga RM 999 di pengedar sah dan kedai rasmi Xiaomi.

POCO M4 Pro 5G

phone bajet

Siri POCO memang akan menjadi pilihan buat pemain mobile yang memerlukan phone bajet untuk bermain game kerana chipsetnya yang hebat. POCO M4 Pro 5G hadir dengan chipset dari MediaTek Dimensity 810. Ia juga mempunyai 6GB RAM dan storan sebanyak 128GB. Paparannya sebesar 6.6 inci ditambah dengan FHD DotDisplay, memberikan paparan hebat ketika anda bermain. Phone ini juga hadir dengan lima kamera.

Dengan tersedia sambungan 5G, anda tidak perlu risau mengenai kelajuan internet semasa gaming. Baterinya juga sama seperti phone sedia ada iaitu 5000mAH dengan pengecasan pantas 33W. POCO M4 Pro 5G beroperasi menggunakan MIUI 12.5 untuk POCO berdasarkan Android 11. Ia telah dilancarkan pada November 2021 dengan tanda harga RM999.

POCO X3 GT

phone bajet

Satu lagi entri dari siri Poco. Poco X3 GT telah dilancarkan pada Julai 2021. Sama seperti POCO M4 PRO, ia juga menggunakan chipset dari MediaTek tetapi lebih baik iaitu MediaTek Dimensity 1000. Phone ini mempunyai 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Paparannya merupakan IPS LCD sebesar 6.6 inci berserta tiga kamera.

Bateri Poco X3 GT berkapasiti tinggi iaitu 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W. Ia juga menggunakan sistem operasi MIUI 12.5 untuk POCO, berdasarkan Android 11. Ia dilancarkan dengan tanda harga RM1099 tetapi anda boleh mendapatkannya dengan harga RM 999 semasa promosi!

POCO X3 PRO

Xiaomi POCO X3 Pro telah dilancarkan pada bulan Mac 2021 dengan tanda harga RM 899. Ia merupakan antara phone yang mempunyai chipset siri Snapdragon 860 yang murah untuk gaming. Phone ini juga datang dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Ia juga mempunyai paparan LCD IPS 6.67 inci. Baterinya berkapasiti tinggi iaitu 5160mAh dengan pengecasan pantas 33W. Sistem operasinya pula adalah MIUI 12 untuk POCO, berdasarkan Android 11.


Phone yang tersenarai mempunyai spesifikasi minimum untuk anda bermain semua game mobile. Jadi, sesiapa yang mencari phone bajet untuk mobile gaming, anda boleh gunakan senarai ini. Untuk membaca liputan lanjut dari kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamingmobile gameSenarai phone bajet
Previous Post

“Tidak akan berjaya tanpa bantuan pemain” – Interview Elden Ring

Next Post

Dead Island 2 mungkin akan keluar tahun 2022 bak kata ‘insider’

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dead Island 2 mungkin akan keluar tahun 2022 bak kata ‘insider’

Dead Island 2 mungkin akan keluar tahun 2022 bak kata 'insider'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd