Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chrono Cross: The Radical Dreamers akan dilancarkan pada 7 April 2022!

Maira by Maira
February 10, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, RPG, Steam, Xbox One
0 0
0
Chrono Cross: The Radical Dreamers akan dilancarkan pada 7 April 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelbagai kahabar angin mengenai remaster game ini, akhirnya Chrono Cross: The Radical Dreamers telah diumumkan! Ianya merupakan HD remaster untuk game RPG Chrono Cross yang dilancarkan pada 1999. Remaster ini akan dilancarkan pada 7 April 2022 untuk pelbagai platform iaitu PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Pemain akan memulakan pengembaraan epik yang merentasi masa dan ruang, dengan ilustrasi hebat daripada pereka watak original, Nobuteru Yuuki, muzik remastered daripada komposer terkenal, Yasunori Mitsuda, dan pelbagai ciri tambahan.

Chrono Cross: The Radical Dreamers akan membawa anda mengikuti kisah Serge, yang termasuk ke dunia lain dan mengetahui hubungan antara kewujudannya dan masa depan planetnya. Kisah pengembaraan dan persahabatan yang melentur masa klasik, menampilkan watak-watak yang paling banyak dan pelbagai dalam game RPG.

Dengan lebih daripada 40 ahli parti yang berpotensi, setiap watak membawa pertalian elemen mereka sendiri dan kemahiran unik. Selain itu, Radical Dreamers: Le Trésor Interdit, game berasaskan teks yang telah dilancarkan pada 1996 juga disertakan dalam edisi remaster ini.

Berikut adalah ciri-ciri terbaru yang pemain boleh nantikan dalam Chrono Cross: The Radical Dreamers:

  • Model 3D ditukar kepada versi HD
  • Artwork terbaru serta reka bentuk watak baru oleh Nobeteru Yuuki
  • BGM baru oleh Yasunori Mitsuda
  • “Enemy Encounter” boleh dibuka dan ditutup
  • Fitur Background filter
  • Fitur battle yang diperbaharui
  • Fungsi Auto-battle
  • Font yang boleh diubah. Antara font piksel atau font HD
  • Radical Dreamers ditambah. Tidak pernah dilepaskan dalam bahasa Inggeris sebelum ini.
  • Pemain boleh memilih untuk bermain dengan grafik lama atau baru

Apa lagi geng Chrono! Sudah lama kita menunggu remaster untuk Chrono Cross. Kalau ada Chrono Trigger sekali mesti mantap. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Gematsu

Tags: Chrono Cross: The Radical DreamersRadical Dreamers: Le Trésor InterditRemaster
Previous Post

SD Gundam Battle Alliance akan dilancarkan ke pelbagai platform pada 2022!

Next Post

[UPDATE] Sony Store Malaysia membuka pre-order PS5 Februari 2022! Kalau terlepas, boleh isi borang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[UPDATE] Sony Store Malaysia membuka pre-order PS5 Februari 2022! Kalau terlepas, boleh isi borang!

[UPDATE] Sony Store Malaysia membuka pre-order PS5 Februari 2022! Kalau terlepas, boleh isi borang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd