Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bilibili memohon maaf serta menambah pekerja baru berikutan kematian mengejut pekerjanya!

Maira by Maira
February 9, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Bilibili memohon maaf serta menambah pekerja baru berikutan kematian mengejut pekerjanya!
Share on FacebookShare on Twitter

Bilibili, salah satu platform perkongsian video terkemuka di China. Senang cerita, ianya satu platform seperti Youtube tetapi khas di China memandangkan Youtube tidak tersedia di negara itu. Baru-baru ini gempar seorang pekerja Bilibili meninggal dunia kerana kerja lebih masa. Ini membuatkan syarikat dikritik budaya kerja syarikat itu. Bilibili juga menafikan bahawa kematian pekerja terbabit bukanlah daripada beban kerja.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada selasa, Bilibili berkata bahawa pekerja yang dikenali sebagai “musemuxin” ialah penyemak kandungan, bertanggungjawab untuk mengaudit kandungan yang dikeluarkan pada platform. Dia bertugas semasa cuti Festival Musim Bunga, bekerja 8 jam sehari selama seminggu dengan lima hari bekerja. Pada jam 5 petang, 4 Februari, rakan sekerjanya telah menghubunginya selepas dia tidak hadir bekerja tetapi diberitahu bahawa dia berada di hospital. Dia meninggal dunia akibat pendarahan otak pada hari itu.

Kematian itu telah memperbaharui perdebatan tentang budaya kerja tidak sihat dalam sektor teknologi China, yang terkenal dengan tekanan tinggi dan waktu kerja yang panjang. Budaya 996 yang terkenal – bekerja 12 jam sehari, enam hari seminggu, atau lebih lama – telah menjadi sumber aduan awam, mendorong banyak syarikat teknologi China yang besar untuk membatasi waktu bekerja pekerja mereka.

Kini, Bilibili berkata bahawa mereka telah menubuhkan kumpulan sokongan khas yang diketuai oleh naib presiden syarikat untuk melawat ahli keluarga pekerja dan mencapai persetujuan dengan keluarga mengenai pampasan. Syarikat itu juga berjanji untuk menambah pengambilan sebanyak 1000 orang pekerja baru bagi meringankan beban kerja pekerjanya malah memberikan lebih perhatian pada keseimbangan kerja.

Sumber: Wanuxi, Global Times, SCMP

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bilibili
Previous Post

“AOT patut gantikan Bleach sebagai Big Three” – Fandom anime mengamuk

Next Post

Temuramah World of Warships bersama Rajeev Girdhar – Ketahui proses pembangunan KD Rahmat!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!
Berita

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

June 26, 2025
Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!
Berita

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

June 26, 2025
Next Post
Temuramah World of Warships bersama Rajeev Girdhar – Ketahui proses pembangunan KD Rahmat!

Temuramah World of Warships bersama Rajeev Girdhar - Ketahui proses pembangunan KD Rahmat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd