Saint Seiya merupakan salah satu siri shonen klasik yang sudah tentunya ramai peminat anime mengetahuinya. Untuk sesi unboxing kali ini, kita akan melihat salah satu produk Bandai Tamashii Nations yang memaparkan siri anime ini. Ianya merupakan siri Myth Cloth EX memaparkan watak Hypnos daripada anime Saint Seiya: The Hades Chapter!

Siri Myth Cloth ini merupakan salah satu barisan figura Bandai yang mempunyai perubahan dari segi mobiliti dan mempunyai artikulasi yang lebih baik berbanding figura lain. Sama seperti kembarnya Hades, Hypnos juga menyertai barisan figura ini bersama-sama aksesori yang berkilau. Ianya telah dilancarkan pada Disember 2021 dan dihasilkan menggunakan ABS, PVC dan Diecast. Saiznya pula ialah 180 mm. Boleh tahan juga tinggi figura ini.

Anda boleh melakukan pelbagai pose dan gimik dengan mudah. Malah serangan hebatnya “Eternal Drowageness” juga boleh dilakukan! Jika anda ingin tahu, pakaiannya juga boleh digerakkan untuk melakukan pose yang lebih dinamik. Ia juga boleh disusun menjadi beberapa buah objek.

Bosanlah kalau pose semua muka samakan. Saint Cloth Myth EX Hypnos ini juga datang dengan 4 ekspresi muka berbeza seperti senyum, menutup mata dan menjerit. Lebih menarik lagi, figura ini memang berkilau dan nampak sungguh elegant. Berikut adalah aksesori yang tersedia bersama-sama Hypnos:
- 4 set ekpsresi muka
- 3 pasang tangan berbeza
- Bahagian rambut yang berbeza
- Jubah
- Ark
- Stiker Ark

Dengan binaan berkilau itu, sudah tentu harganya juga boleh tahan kilauannya. Anda boleh mendapatkan Hypnos dengan harga linkungan RM800 – RM1030. Jadi, jika anda ingin mendapatkannya, lebih baik cari di kedai-kedai hobi yang boleh dipercayai. Kalau anda ditipu, sememangnya rugi besar untuk anda. Untuk melihat unboxing untuk produk lain daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Tamashii Nations
@gamersantaimy
Discussion about this post